Dec 21, 2004

Alhamdulillah

Alhamdulillah...dissertation sudah di hantar. Lega rasanya, tapi tugas saya belum berakhir disitu, banyak lagi yang perlu diselidik, ditapis, dibincangkan, ditambah, dll selagi pengajian ini belum selesai, beginilah.

Hubby dah berangkat ke Nagoya tadi, Semoga tuhan mempermudahkan jalan baginya.
Sesampai di Sendai hubby call, di akhir perbualan kami, ucapan hubby mengingatkan saya pada kenangan lama.
hubby "oyasuminasai, miss you"
me "oyasumi, miss you too... "
2 tahun jarak pernah memisahkan kami. Perpisahan terkadang terlalu perit utk kita hadapi, apatah lagi hidup berjauhan dgn org tersayang sememangnya mengajar kita erti kesabaran, kerinduan dan ketabahan hati. Dan yang pasti saat itu akan menjelma lagi didalam diary hidup kami.
Apa yang satu pohonkan semoga Faris dapat menghadapi detik detik perpisahan dgn papa-nya nanti. Saya pula bagaimana...tawakkal tu alallah.

Dec 10, 2004

Demi masa...

Masih bersengkang mata menyiapkan kerja-kerja penulisan di lab. Beginilah keadaan saya sehingga Mac tahun depan. Tak pe-tak pe kejap aje lagi...kesibukan ini akan berakhir. Kesian kat hubby and Faris (my 5 years old son) kat rumah. Di waktu begini bukan quantiti masa yang saya utamakan tapi qualitinya yg penting.

Untuk blog ini pula, rasa banyak perkara yang nak saya tambahkan. Seronok mencuba perkara baru yang tak biasa kita lakukan. Kalaulah saya lapang mahu rasanya sehari suntuk saya mengubah template yg dah diformat ini. Tapi saya bukan org IT pasti merangkak-rangkak di buatnya.

Dah lewat ni, balik dulu.
Esok rutin harian perlu di teruskan. Gambattene ルビちゃん~

Dec 7, 2004

Kesibukan Tugas

Hari untuk dissertation submission tinggal 12 hari saje lagi. Aaaa kecut perutku !
Di saat kritikal begini saya memulakan satu lagi kerja sampingan, mula membuat blog sendiri.
Kenapa mesti dibuat saat sibuk begini?

'Fatigue' itulah keyword buat penelitian saya. Oleh sebab itu untuk tidak sampai kepada 'fracture' elok saya release-kan stress concentration yang dah lama bertapak di dalam kepala saya ini yg boleh diibaratkan sebagai notch root. Dimana crack akan propagate dan ianya akan merosakkan titanium (the material used in my study) pada bila-bila masa sahaja.
Begitulah indahnya kejadian yg Esa setiap phenomena boleh kita kaitan antara satu sama lain.

Saya ingin mengalihkan fikiran ini pada perkara yg lain dari study.