Jun 29, 2005

laju-laju, pecut-pecut.. gedeganggg

Hari ni dengan satu tekad nak pergi ofis awal, konon-konon pukul 7 am dah nak keluar rumah. Bila dah ready semua.. buka pintu..hujan punyalah lebat. So dari 7 am jadi 7.15 am.. kira bolehlah.

Seperti biasa sebelum bertolak Faris akan bacakan doa naik kenderaan. Mama hati-hati .. lembut suara faris mengingatkan saya. Kenderaan lain terus bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Ada yang laju bak 'bullet train', tak tau lah apa yg nak dikejarnya. Sampai di satu selekoh, banyak kereta tekan break..dlm hati saya accident ke..!

Tepat jangkaan saya.. dlm 5 buah kereta terlibat, saya fikir mereka masing-masing terbabas. Dalam hujan yg lebat macam ni, kalau bawa kereta macam nak racing macam mana tak terbabas.

Cara org kita memandu memang mengerikan. Saya tak hairan lah, mengapa setiap hari ada saja didada akhbar melaporkan tentang kematian akibat kemalangan.
Beberapa bulan lepas pensyarah saya dari Jepun ada menghadiri conference di KL. Dia ni dah banyak sangat negara luar yg di lawatinya. Salah satu hobinya pulak suka memandu sambil melancong,yang paling baik reputation-nya ialah negara Australia (bercakap dlm bab memandulah ni). Dan bila saya ajukan perkara tersebut kepada beliau.
Jawabnya "..eee, jibun no inochi wo kaketakunai..(..,saya tak nak mengadai nyawa saya sendiri..)".

Beginilah org yg baru dtg tak sampai pun sebulan pun sudah boleh menilai tahap keselamatan memandu di negara kita. Kita yg sudah lama di sini jangan jadi lali pulak dengan keadaan ini.. mengingatkan diri sendiri.

Jun 25, 2005

Klinik gigi

Klinik Pergigian Z...
Waktu rawatan
Isnin-Jumaat: 9.30am-12.30pm
2.00pm-10.00pm
Sabtu: 9.30am-7.30pm


Perbualan yang telah saya ringkaskan isi kandungannya,

Me: Hello saya ... dari ..., saya nak buat appointment pukul 10.00 pagi ini.

Somebody (SB) : Maaflah ... doktor biasanya pukul 10.30 baru ada, dia nak hantar anak nya ke ...

Me: Kalau macam tu pukul 2 ptg lah...(sambil check masa rawatan)

SB: Pukul 3 lah sebab pukul 2 doktor tak balik ke klinik lagi.

Me: OK lah hari ini pukul 3. Insyallah saya ke sana.


Hari seterusnya...

Me: Hello saya ... saya nak buat appointment utk cabut geraham bongsu saya, kalau boleh on this coming Thursday at 3.00 pm.

SB: Kalau nak cabut geraham bongsu perlukan 2 doktor, utk buat surgery, rabu ni Dr. A tak ada ...

Me: Oklah nanti saya check schedule saya dan contact U semula.


Hari berikutnya...

Me: Hello saya ... pasal nak cabut geraham bongsu saya tu, saya nak buat appointment hari Sabtu ni 10.00 am.

SB: Sabtu petang baru Dr. A dan B ada, kalau pagi hanya ada satu doktor, surgery tak boleh buat.

Me: How about weekdays, bila Dr. A & B ada?

SB: Kalau malam tu dua-dua doktor boleh datanglah.

Me: ... (dlm hati saya "rumah aku kat puchong tak kan nak drive mai serdang ni malam-malam, si Faris tu pulak mcm mana...)


Dari umur saya 20thn, segala urusan tampal-menampal, cabut, korek, simen gigi, saya buat di negara matahari terbit. Tidak timbul sebarang masaalah dari segi masa appointment, walau sibuk macam mana sekali pun klinik gigi tersebut appointment kita akan cuba diuruskan dengan sebaik mungkin dan pasti keutamaan akan di berikan pada waktu rawatan yang telah tertera, utk ke dua-dua pihak. Pasal doktor tak ada... nak g ambil anak sekolah, tak cukup doktor and so on so forth.. tak pernah saya alami.

Adakah ini fenomena biasa kehidupan kita disini..!?!? Kalau macam ni sampai bila lah geraham bongsu ni saya nak cabut. Gigi bongsu kuuu...

Jun 23, 2005

ohisyasiburi...

Selamat berjumpa lagi dengan teman-teman sekalian.
Maaf kerana agak lama saya menyepi. Pejam celik sudah 2 bulan saya di Malaysia... tanah tumpah darah ku.

Sepanjang tempoh tersebut pengamatan demi pengamatan saya lakukan dalam meneruskan kehidupan baru di bumi sendiri. Rasanya banyak perkara yang boleh saya kongsi bersama tapi ...itulah... kelak hal perbandingan antara melaysia dan jepun pulak yg akan timbul. Bukan senang ye kalau dah lama kita hidup merantau di negara orang dan kemudian nak sesuaikan diri dengan tempat sendiri.

Apa pun hidup perlu diteruskan, pemikiran positif harus disematkan dalam diri, kalau tidak kita tak akan kemana. Yang bestnya kat sini every morning at 6:30 am kalau tak silap saya ada motivasi pagi di TV3, bagus utk didengar tu. Bukan anak-anak aje yg perlukan motivasi kita yang dah besar panjang pun memerlukan santapan rohani tu. Yang ni kat TV jepun tak de kan.