Jun 28, 2006

baby tooth

Pagi-pagi lagi saya dikejutkan oleh Faris.

"Mama gigi Faris goyang..." kata Faris dengan muka yang cemas.
Saya terus mendapatkan Faris dan memeriksa giginya, goyangnya di peringkat kritikal, jika sekali tarik saja pasti tercabut. Tapi di sebabkan ini kali pertama Faris akan kehilangan giginya, manja lebih-lebih pulak dia. Di belakang gigi susu itu sudah kelihatan gigi kapak, dah sah kena cabut gigi susu ni... detik hati saya.

Sambil memujuknya supaya membuka mulut sedikit demi sedikit gigi itu saya tarik. Akhirnya berjaya juga gigi itu saya cabut. Faris menarik nafas lega lalu terus melihat giginya itu. Ditilik, dibeleknya berkali-kali.

"Mama mana gigi Faris." katanya sebelum masuk tidur malam tadi.
"Ada mama simpan." balas saya ringkas.
"Boleh Faris tidur dengan gigi tu?" sambungnya lagi.
Dalam hati pelik juga permintaan Faris malam ni, tapi saya biarkan saja dia mengambil gigi tersebut.

Hari ini pagi-pagi lagi bila saya ke dapur utk menyediakan sarapan, saya dapati Faris sudah terjaga dan sedang membelek-belek sesuatu di biliknya.

"Faris buat apa tu?" tanya saya.
"I see my tooth it so cute mum, like a baby's tooth." jawab Faris.

Gelihati saya mendengar kata-kata Faris itu tapi saya harus menghormati perasannya. Mungkin kehilangan gigi susu kali ini begitu bermakna buatnya.

Jun 17, 2006

Field trip to Higashiyama Zoo

Brooke, Emma & kids in elder class

Faris, Haruto, Yuki & Atsuhiro


Isa, Faris & Leyla

Jun 2, 2006

Tetsubo








Faris & Tetsubo - Yamagata Nov. 2004







"Why you forgot..."

Faris dengan mata yg berkaca menahan sebak mengajukan persoalan yang sama dari tadi. Puas saya cuba memujuk dan meminta maaf dari Faris tetapi dia masih tidak dapat menerimanya. Puncanya ialan 'tetsubo'.

Sebenarnya setiap kali pulang dari Kids House Faris akan meminta utk bermain di taman. Masuk hari ini sudah kali ke-2 permintaanya itu tidak dapat saya tunaikan. Kelmarin kerana saya tak sihat dan hari ini kerana saya terlupa..., kenapa saya terlupa?

Perjalanan dari rumah ke Kids House mengambil masa 45 min by car. So, sudah menjadi kebiasaan Faris akan tertidur dalam perjlnan pulang ke rumah. Taman yang selalu kami pergi terletak di antaranya. Dengan keadaan kepala yang masih pening-pening lalat, fikiran saya sewaktu perjalanan tadi hanyut di buai alunan lagu-lagu yang di mainkan CD player. Sedar tak sedar saya dah sampai di parking rumah. Dalam hati masyaallah janji dengan Faris tadi saya terlupa, tapi saya buat biasa aja harap-harap Faris akan lupa bila bangun dari tidur nanti.

Sebenarnya sekecil tu tak pernah lupa dengan apa yang dikatakan, jadi apalagi sebaik bangun aje dari tidur dengan muka yang agak confuse dia memerhati sekeliling. Saya memimpinnya ke rumah. Faris masih belum bersuara, tiba di dalam rumah agaknya barulah dia sedar dari khayal tidurnya tadi. Faris tidak berpuas hati kerana saya tidak mengotakan permintaannya itu. Saya cuba menerangkan kepadanya tapi balik-balik 'Why you forgot' jugak yang disuarakannya.

Dalam hati saya... eemm macam mana nak kasi dia faham kenapa saya lupa ni. Tiba-tiba teringat saya kepada... lampu dan tuala, ya mungkin itu contoh yang terbaik untuk saya terangkan kepada Faris.

Faris selalu terlupa untuk menutup lampu bilik mandi dan menyidaikan tualanya selepas mandi. Boleh di katakan hampir setiap hari saya mengingatkannya. Tapi dia masih lupa. Jadi saya pun mengambil contoh tersebut, sebagai seorang manusia biasa kita kadang-kadang terlupa tentang suatu perkara dengan tidak di sengajakan dan kenapa kita lupa... biarlah Faris faham dari contoh yang saya terangkan dari lampu dan tuala tadi.

Dengan muka yang masih tidak puas hati akhirnya Faris berkata 'Ok lah, ok lah next time don't forgot... I don't like it'. Serius bunyinya kata-kata Faris itu. Saya tersenyum melihat Faris sambil membenarkannya melihat VCD kegemarannya 'ultraman' . Semoga ultraman dapat mengalihkan ingatan Faris terhadap tetsubo.

Jun 1, 2006

I`m back again

Faris & Brooke at Kids House
Sudah hampir 2 setengah bulan saya dan Faris di sini. Alhamdulillah semua berjalan seperti yang di rancang. Faris pula menunjukkan perkembangan yang +ve dengan persekitaran barunya di Kids House. 3 bulan Faris sempat bersekolah di sekolah kebangsaan, saya sengaja menangguhkan hari kami berangkat ke Jepun semata-mata kerana persekolahan Faris. Selama 3 bulan juga saya menjadi surirumah sepenuh masa, sibuk menguruskan anak teruna saya yang seorang ni. Saya yakin walaupun hanya 3 bulan pelbagai pengalaman mungkin terpahat dalam hati Faris tentang school life nya di Malaysia. Ada sekali sekala saya cuba menanyakan tentang perkara tersebut... cuma jawapan yang Faris berikan " I like here (japan) ". Insyallah jika ada kesempatan saya akan cuba mencoretkannya di sini.
Kesibukan harian terus memburu kami di sini. Kekadang saya terfikir apa akan jadi dengan Omoi-de ini..!
Dengan sedikit masa terluang yang mungkin ada, saya akan cuba mengabadikan kenangan Faris di sini, semoga segala yang kami lalui kelak akan menjadi omoi-de buat selama-lamanya.