Aug 22, 2006

cuba-cuba

Arigatoune ella, boleh juga buat macam ni.

5 years ago
Posted by Picasa

Episod 2

Ketika membeli barang dapur di depato (dept. store)

"Faris nak ni" kata Faris sambil menghulurkan osembe (rice cracker) pada saya.
"Tak boleh makan la Faris, ada pouku ekisu (pork essense)" balas saya lalu menyuruh dia cari yang lain.

Seketika kemudian datang lagi sekecil itu membawa snack yang lain pula.
Setelah meniliti ingredient yang tertulis, saya menyuruhnya memulangkan semula kerana ianya mengandungi doubutsu syoutoningu (animal shortening).

Dari jauh Faris datang berlari-lari sambil tersenyum lebar, senyuman yang bermakna... mungkin untuk mengambil hati saya. Kali ini chewing gum pula yang dibawanya.
"Please mama" rayu Faris. Dihulurnya makanan tersebut dengan mengharap penuh simpati.
Dengan hati yang berat saya berkata "Gomen (maaf) yang ni pun tak boleh la sayang ada gelatin".

"Why...?" balas Faris kecewa kerana semua snack yang diingininya kena reject.
"Kita orang muslim tak boleh makan benda-benda macam tu" terang saya lagi.

Faris mula melangkah meninggalkan saya dengan muka yang macam cekodok penyek.



Aug 16, 2006

Episod 1

One day in the subway on our way to Nagoya station

Faris : Mama I'm thirsty, I want yellow juice.
Me : Nanti, bila sampai mama belikan.

Summer di sini panasnya melampau, suhu mencecah 37 deg.

Faris : Buy the yellow one, OK.
Me : Jus kuning yg mana? mama tak tahu la.

Faris menudingkan jarinya pada iklan asahi yang terdapat dlm densya(train) sambil berkata "Kore uMaiiii (Sedap ni)...".
Bunyinya sebiji seperti dlm iklan asahi beer yang di siarkan di kaca TV.

Hubby pandang saya, saya pandang hubby... #&!#^~$#%^!$#'% (>_<) !

Aug 8, 2006

happy anniversary


Happy 8th anniversary
May Allah bless our marriage
with
lots of love and happiness.