Dec 31, 2006

my gratitude to ...

Salam aidiladha saya ucapkan buat semua umat islam serta teman2 yang mengenali kami.

Alhamdulillah, kini kami sudah berada di rumah sendiri.
Rutin harian pun sudah kembali seperti sediakala.

Sedar tak sedar kita sudah diambang 2006, esok bermulalah diari baru.

Sebelum tirai 2006 ini ditutup izinkan saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Dr. Mohamed Ali dari Malaysia consul di Sydney (kini telah berpindah ke Melbourne) dan En. Radzi sekeluarga di Canberra yang banyak membantu urusan saya tempoh hari. Tidak lupa juga buat Kak Nani dan Dr. Suhaila di Malaysian Hall yang ramah melayan saya, meskipun hanya beberapa jam sahaja kami bersua. Juga buat seorang hamba Allah yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai 'Sya' yang sudi menumpangkan saya dari Bellevue Hill ke Central Station.
Semoga Allah akan membalas jasa baik mereka suatu hari kelak.

Dec 14, 2006

Confirm C.P

Memang sah saya kena chicken pox (C.P). Inilah yang dinamakan ujian serta dugaan. Di tempat asing saya diduga.

Ianya betul-betul mencabar, nak naik bus-train-taxi kena survey satu persatu cari stesen, nak ke satu-satu tempat perlu buka tutup map, .... apa yang mampu saya lakukan teruskan langkah dan tawakkal. Tebalkan muka... ada orang pandang saya semacam! Entah-entah mrk ingat saya mengidap penyakit kulit.

Alhamdulillah apa yang perlu diselesaikan berjalan lancar.

Esok hubby dan Faris akan berangkat ke sini. Saya pula tidak akan ke NZ, lagipun conference saya dah lama selesai, nasib baik ada hubby... dia yang tolong registered and took all the documents for me, except for the presentation part. Orang mechatronics nak bercakap tentang materials mana boleh !(*~*)!

Catatan kali ini akan kekal sebagai kenangan saya sepanjang hayat.

I wish... tomorrow is better than today.

Dec 13, 2006

Diuji lagi...

Sehari sebelum berlepas, badan saya sekejap sejuk sekejap panas. Disangkakan kesan perubahan cuaca panas yg ketara di M'sia. Telan beberapa biji ubat alhamdulillah lega.

Semasa di dalam flight badan lemah semacam! ada beberapa bintik merah pada badan dan muka. Hubby mula perasan, katanya banyaknya jerawat kat muka tu!

Beberapa hari di Sydney bintik-bintik merah yang berisi air terus merebak keseluruh badan. Badan terasa amat lemah dan gatal-gatal.

Saya kuatkan semangat, dari Sydney perlu ke Canberra kerana passport hanya boleh dikeluarkan oleh Malaysia High Commission di sana.

Semalam setelah selesai urusan passport segera ke klinik. Doktor kata saya kena chicken pox. Saya tak ambil further check up, bayarannya mahal ya amat, consultation aje dah kena $40 utk 20 min pertama!

Saya diuji lagi.

Dec 10, 2006

Terpisah

Faris masih mamai, dia tertidur di sofa menunggu, mungkin kepenatan kerana menunggu urusan penerbangan saya yang bermasalah.
"Faris orikko ni site, sikkari sitene" pesan saya pada Faris sambil mencium pipinya berkali-kali. Hubby mendukung Faris, sementara staf Sydney airport membantu menguruskan hubby's hand luggage.
Dengan berat saya melambai tangan melepaskan hubby dan Faris.
Kami terpisah !
Saya tidak dapat meneruskan penerbangan ke NZ kerana masalah passport. Sungguh pun visa tidak diperlukan utk memasuki NZ, tetapi masih ada beberapa syarat yg perlu dipatuhi.
Antaranya tarikh tamat sah laku passport mesti melebihi 3 bulan from our period of stay. Saya tidak tahu akan hal tersebut. Tarikh tamat passport saya bulan depan !
Saya terpaksa menunggu di sini sehingga hari Isnin utk ke Malaysian consulate.
Semoga urusan saya akan di permudahkan oleh Nya.
Semoga hubby dan Faris selamat di sana.
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Kalau bukan kerana perkara ini, mungkin omoi-de ini masih belum diupdate.