Jan 29, 2007

omoi-de in Aus



Slideshow ini terpaksa saya buang kerana menggangu alignment layout.
Insyaallah akan dimasukkan semula gambarnya nanti.

Jan 24, 2007

sightseeing...

pemandangan bandar Sydney dari Taronga zoo
Manly

Sydney harbour bridge

Sydney opera housedua dlm satu - Sydney harbour bridge & opera house

Jan 17, 2007

omoi-de in NZ


dari Auckland ke Hamilton

cian dia sakit perut...
di Rydges Hotel, Palmerston North


mata ikitai desuuuu...

Jan 7, 2007

omoi-de in M'sia ver. 2

Sutra beach resort, Trengganu

Che Ngah, Che Su & faris

Faris & Che Su waiting for sunset having breakfast
family dinner

omoi-de in M'sia ver. 1

cameraman
faris's cousin-Hakim
faris's cousin-Amirah
3 bersaudara
Faris & his lovely tok ma



Happy New Year 2007

Sambutan tahun baru bagi orang jepun bolehlah di ibaratkan seperti org kita menyambut hari raya. Kebiasaan mereka akan makan besar dan melakukan oosouji (house cleaning), bukan saja di rumah malah di tempat kerja sekalipun. Samalah seperti amalan kita sebelum hari raya pasti rumah ingin dihias.

Pada 3 Jan 2007 kami mendapat jemputan 'hari raya' dari Prof. Ohsato (my big bos). Prof. Ohsato orangnya cukup merendah diri. Walaupun beliau antara professor yang paling dihormati dan memiliki grant penyelidikan yang terbanyak di jabatan saya.
Begitu juga dgn Prof. Sugano (my ex-supervisor) orangnya cukup simple & humble. Ketinggian ilmu yang mereka miliki tidak pernah sekali-kali digunakan untuk berbangga diri. Bukan semua supervisor/boss di Jepun sedemikian, ramai juga yang ijiwaru (maliciousness)!
Alhamdulillah... Allah menemukan saya dengan insan-insan sebegini.

Sambil menjamu selera kami berbual-bual. Perkara istimewa yang ingin saya kongsi... dalam perbualan kami dengan isteri Prof. Ohsato. Kami diberitahu oleh beliau, dia adalah pelajar tahun dua untuk program undergraduate dan kebetulan pula course yang diambilnya satu aliran dgn bidang hubby. Pada mulanya saya ingatkan tersalah dengar tapi bila beliau mula bercerita tentang keseronokan belajar sesuatu yang baru setiap hari dan kesukaran untuk memahami sesuatu yang diajar pada peringkat umur sepertinya dan bla-bla-bla ...

"Iiissshhh betul isteri Prof. ni gakubusei (undergraduate student)" bisik hati !

Saya bangga dengan sifat ingin menimba ilmu yang dimiliki oleh Mrs. Ohsato. Bayangkan isteri seorang professor masih bertungkus lumus mentelaah buku semata-mata ingin mengenggam segulung ijazah. Saya pasti bukan pulangan wang yang beliau harapkan setelah berjaya memiliki sekeping kertas itu, tapi mungkin demi untuk KEPUASAN diri.

Selamat tahun baru buat semua.