Apr 11, 2007

tanntou sensei (cikgu kelas)

Jam sudah menunjukkan pukul 7:35 am tinggal 5 min lagi utk Faris bersiap ke sekolah. Dilihat dalam randoseru (beg sekolah) banyak benda yang tak ada kotak pensil, botol air, bekal makanan.

Apa lagi mulalah saya... bla-bla-bla...

'Mama okotteru no (Mama marah ke)? tanya Faris memonyokkan mukanya.


'Berapa kali mama pesan tapi Faris selalu macam ni... mama komaru wa yo(susah la mama mcm ni)' tanpa senyuman saya membetulkan randoserunya.

'Faris channto sikkari siteee...' tambah saya lagi sebelum dia melangkah keluarnya.

'Sikkari simasuuu...' balas Faris cuba memberi senyuman memujuk.

Belum sempat saya menutup pintu, tiba2 hubby datang membawa sampul surat berwarna merah jambu. Faris lupa lagi...

Pagi itu terpaksalah saya singgah ke sekolahnya utk menghantar dokumen tersebut.
Terus menuju ke pejabat. Tanya orang ofis, mereka kata cikgu berada di bilik darjah. Segera menaiki anak tangga ke tingkat dua. Ternampak seorang lelaki berpakaian suit berumur sekitar 40-an berdiri sambil memegang sampul surat berwarna merah jambu.
Saya belum pernah berjumpa dengannya, 'Dia mungkin cikgu kelas Faris' bisik hati ini.

Saya menghampirinya, memperkenalkan diri lalu menceritakan tujuan saya ke situ.
Tepat sekali, tak lain dan tak bukan dialah Takeda sensei , cikgu kelas 2 nen 4 kumi (tahun 2 kump. 4).

Alang-alang berjumpa saya mengambil kesempatan utk bertanyakan soalan itu dan ini. Peliknya cikgu ini banyak tidak tahu hal ehwal murid.
Saya pun teringat kata2 hubby beberapa hari yang lepas 'Banyak perkara yang dia tak tahu masa abang tanya dia tadi, mungkin dia cikgu baru di sekolah tu'.
Untuk mendapatkan kesahihan saya tanya adakah dia cikgu baru di situ, dia kata tidak... terkerut dahi saya mendengar jawapannya.

Yang peliknya lagi, bila dia bercakap langsung tidak di pandangnya muka kita... nasib baik saya di negara Jepun kalau di Malaysia tentu sudah terfikir yang bukan2.

Kata org tua2, kalau orang tu bercakap tak pandang mata kita dia bela sesuatu !