Feb 25, 2008

Atarasyi tomodachi (kawan baru)

Faris seronok mendapat kawan baru dari Mongolia, namanya Tuguruguru. Keluarga Tuguruguru baru seminggu berpindah ke sini, rumah mereka bersebelahan dengan kami. Faris dan Tuguruguru satu sekolah. Di sini budak-budak ke sekolah berjalan kaki dalam kumpulan yang sudah ditentukan oleh pihak sekolah. Kumpulan ini dibahagikan mengikut kawasan kediaman masing-masing. Usia Tuguruguru setahun tua dari Faris tetapi dia masih tidak fasih berbahasa Jepun.

Saya berpesan kepada Faris ‘Faris kena tolong Tuguruguru, masih banyak perkara yang dia tidak tahu.’

‘Faris tahu Mama, Faris faham sangat perasaan Tuguruguru.’ balas Faris.
Telahan saya Faris mungkin teringatkan dirinya ketika baru masuk sekolah dulu-dulu.

‘Tapi Faris serba salah.’ Faris bersuara perlahan.

‘Kenapa?’ tanya saya ingin tahu.

‘Fira kata dia tak suka Faris berkawan dengan kawan baru.’ jawab Faris menundukkan kepala.

Faris kelihatan runsing. Saya tahu dia bersimpati dengan Tuguruguru dan pada masa yang sama ingin menjaga hati Fira.

Feb 18, 2008

Doa

Dari tadi Faris asyik merungut kami tidak singgah Jusco membeli game kesukaannya. Saya membiarkan hubby melayan Faris, kepala saya pening berdenyut-denyut.
‘Kalau tak beli hari ni, tentu pokemon game kad tu habis!’ kata Faris sebelum masuk tidur.

‘Pagi esok kita pergi beli game kad tu. Malam ni Faris minta doa banyak-banyak dengan Allah.’ kata hubby sambil menyelimutkan Faris.

‘Tapi Faris tak tahu macam mana nak minta, boleh Faris doa dalam bahasa Jepun tak papa?’tanya Faris.

‘Boleh, Allah faham semua bahasa, tentu Allah dengar doa Faris.’ jawab hubby cuba menenangkan hati Faris.

Keesokkan harinya pagi-pagi lagi Faris bersiap untuk ke Jusco. Saya tidak ikut sama. Badan masih tidak sihat.
Balik dari Jusco dia terus mendapatkan saya lalu berkata Mama, kamisama te hontoni boku no negai koto kanaete kurerudane (Mama, Allah betul-betul makbulkan doa Faris). Saya lihat lebar senyumnya boleh sangkut sampai ke telinga.

Feb 13, 2008

Dissertation

Alhamdulillah...
The 3 years work finally approaching to its goal.

Dr. Ph.D is not the end point of success, it's a ticket for future excellent.

To my love, this is just the beginning.

大変御苦労様です、後もう少しですね。。。

Feb 10, 2008

Pelangi petang

Orang kata mimpi itu mainan tidur.

Emak saya pula kata, kena tengok masa bila mimpi tu, kalau pukul dua tiga pagi mungkin ada makna tapi kalau mimpi tu dah dekat subuh, tu mimpi mengarut!

Malam tadi saya bermimpi, pukul berapa saya tak perasan kerana sedap sangat tidur dalam cuaca sejuk begini. Pagi tadi baru saya ingat semula. Saya mimpikan seorang rakan blogger. Seseorang yang dulunya kerap berkunjung ke sini. Boleh dikatakan setiap entri saya akan ditinggalkan komen. Di dalam mimpi itu kami berbual dan bercerita seperti satu keluarga. Kenapa saya bermimpikan dia? Saya pun tak tahu!

Dari pembacaan blog saya suka mengutip nilai-nilai murni hasil tulisan rakan-rakan. Jika ada yang tidak berkenan di hati saya buang ia jauh-jauh dari kotak fikiran. Begitu juga dalam memberi komen, tidak pernah terlintas untuk menguris hati dan perasaan apatah lagi mengkritik keperibadian seseorang atau mencetuskan kontroversi. Saya amat sukakan suasana damai dan harmoni dalam kehidupan harian.

Dunia blog menemukan kita dengan bermacam orang dan pelbagai cerita. Kewujudan rakan-rakan di sini boleh diibaratkan seperti pelangi. Setiap kali mereka datang ianya cukup mengembirakan. Suasana menjadi cerah dan menceriakan, tetapi munculnya tidak lama.
Hilangnya tanpa sepatah kata. Perginya dengan sekelip mata. Namun mereka cukup istemewa, seistemewa dan seindah pelangi petang.

Feb 7, 2008

Calar

Saya dan hubby terdiam sejenak semasa memandu tadi.

‘Apa abang nak buat?’ tanya saya memecah kesunyian.

‘Kita banyakkan berdoa, minta tuhan berikan rasa bersalah pada si-pelaku tu, mohon agar diberi keinsafan pada dia’ jawab hubby.

‘Abang rasa abang tahu tak siapa yang buat?’ tanya saya lagi.

Hubby memandang saya tanpa sepatah kata.


Saya kembali membisu... rasa aaamarah, geram dan terkilan bercampur-baur.
Si-comeiiii saya dicalar di tempat letak kereta apartment kami tinggal. Penghuninya dari pelbagai negara, ada yang datang dari China, Iran, Mongol, Malaysia dan Indonesia. Saya tidak ingin menuduh sesiapa tetapi sebagai orang yang terainaya mustahil jika saya tidak punyai prasangka.
Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya. Saya berdoa agar si-pencalar yang memiliki masalah hati ini mendapat petunjuk dariNya, mudah-mudahan hatinya diperbetulkan. Semoga dia insaf.

Feb 3, 2008

Suki (suka)

'Papa itsu mama no koto suki ni nattano? (Bila papa suka kat mama?)' tanya Faris semasa kami menikmati makan tengahari tadi.

'Masa pertama kali papa tengok mama, 16 tahun lepas.' jawab hubby sambil menjeling ke arah saya.

'Tapi mama tak layan papa masa tu.' tambah hubby lagi sambil mencebik muka.

'Sore wa so desyou...(Memang la macam tu)' jawab Faris pula.

'Eeeeeeeee... macam mana Faris tahu ni.' kami berkata serentak.

'Datte boku mo onajidayo. (Faris pun macam tu juga)' jawab Faris malu-malu.

'Eeeeeeeeee...' reaksi saya dan hubby seperti tidak percaya, suasana bertukar riuh.

'Kanae-chan ni suki to ittetatoki katteni site to iwareta, boku hazukasyikatta yooo! (Masa Faris cakap suka kat Kanae-chan dulu, dia kata suka hati awaklah, malu Faris masa tu!' kata Faris sambil menutup muka.

Hahaha... kami ketawa.