Jun 2, 2006

Tetsubo








Faris & Tetsubo - Yamagata Nov. 2004







"Why you forgot..."

Faris dengan mata yg berkaca menahan sebak mengajukan persoalan yang sama dari tadi. Puas saya cuba memujuk dan meminta maaf dari Faris tetapi dia masih tidak dapat menerimanya. Puncanya ialan 'tetsubo'.

Sebenarnya setiap kali pulang dari Kids House Faris akan meminta utk bermain di taman. Masuk hari ini sudah kali ke-2 permintaanya itu tidak dapat saya tunaikan. Kelmarin kerana saya tak sihat dan hari ini kerana saya terlupa..., kenapa saya terlupa?

Perjalanan dari rumah ke Kids House mengambil masa 45 min by car. So, sudah menjadi kebiasaan Faris akan tertidur dalam perjlnan pulang ke rumah. Taman yang selalu kami pergi terletak di antaranya. Dengan keadaan kepala yang masih pening-pening lalat, fikiran saya sewaktu perjalanan tadi hanyut di buai alunan lagu-lagu yang di mainkan CD player. Sedar tak sedar saya dah sampai di parking rumah. Dalam hati masyaallah janji dengan Faris tadi saya terlupa, tapi saya buat biasa aja harap-harap Faris akan lupa bila bangun dari tidur nanti.

Sebenarnya sekecil tu tak pernah lupa dengan apa yang dikatakan, jadi apalagi sebaik bangun aje dari tidur dengan muka yang agak confuse dia memerhati sekeliling. Saya memimpinnya ke rumah. Faris masih belum bersuara, tiba di dalam rumah agaknya barulah dia sedar dari khayal tidurnya tadi. Faris tidak berpuas hati kerana saya tidak mengotakan permintaannya itu. Saya cuba menerangkan kepadanya tapi balik-balik 'Why you forgot' jugak yang disuarakannya.

Dalam hati saya... eemm macam mana nak kasi dia faham kenapa saya lupa ni. Tiba-tiba teringat saya kepada... lampu dan tuala, ya mungkin itu contoh yang terbaik untuk saya terangkan kepada Faris.

Faris selalu terlupa untuk menutup lampu bilik mandi dan menyidaikan tualanya selepas mandi. Boleh di katakan hampir setiap hari saya mengingatkannya. Tapi dia masih lupa. Jadi saya pun mengambil contoh tersebut, sebagai seorang manusia biasa kita kadang-kadang terlupa tentang suatu perkara dengan tidak di sengajakan dan kenapa kita lupa... biarlah Faris faham dari contoh yang saya terangkan dari lampu dan tuala tadi.

Dengan muka yang masih tidak puas hati akhirnya Faris berkata 'Ok lah, ok lah next time don't forgot... I don't like it'. Serius bunyinya kata-kata Faris itu. Saya tersenyum melihat Faris sambil membenarkannya melihat VCD kegemarannya 'ultraman' . Semoga ultraman dapat mengalihkan ingatan Faris terhadap tetsubo.