Nov 28, 2006

cuti panjang


Lama 'omoi-de' ini tidak dijenguk. Terkejut juga melihat free counter mencecah angka 4 digit. Saya tidak kenal siapa yang berkunjung ke blog ini melainkan kawan2 yang meninggalkan komen.

Tiba-tiba teringat akan pesan ma (my mum) dulu2... bila org dtg ke rumah kita, hati tetamu perlu dijaga. Walau sakit ataupun uzur pintu yang diketuk perlu dibuka. Dan jangan dibiarkan 'salam tidak berjawab'.
Begitulah jugalah dgn blog ini, rasanya tidak elok saya menyepi tanpa berita dengan kesibukan tugasan harian kami.

Mulai esok saya akan bercuti panjang. Terbang tinggi di awan biru... dari bumi sakura ke tanah air tercinta, kemudian singgah ke negara koala dan terus ke negara kiwi pula.
Faris pula terpaksa mengambil cuti dari sekolahnya, bukan main seronok lagi si kecil itu bila saya katakan tok ma menunggunya di KB.

Tadi semasa mengemas pakaian yang hendak dibawa...
"Mama, can I bring Miki and dolphin-chan together? tanya Faris.

"Tak payah bawa la Faris buat berat beg aje" jawab saya sambil menekan-nekan beg yang sudah agak penuh muatannya.

"Alaaa, rabbit-chan kan Faris dah tinggal, Miki and dolphin-chan boleh la bawa sama... please." pintanya lagi. Memang dah saya agak Faris akan mengajukan permintaan ini.

"Dameeeee (tak bolehhhhh)..." sengaja saya bertegas semata2 mahu melihat sejauh mana Faris bersungguh2 dlm perkara ini.

Faris segera pergi mendekati hubby yg sedang berbaring depan tv. Dia mengajukan soalan yg sama. Sebentar kemudian datang lagi kearah saya sambil tersenyum lalu berkata "Papa kata, ii datteee (bolehhh)".
Memang sudah saya agak kalau dengan hubby sekali pujuk aje sudah pasti pass.

'san kyoudai' kesayangan Faris

Akan diupdate bila kembali semula ke sini. Tata....

Masih teringat ...

"Hello ma, lagu mano nok goreng kueh tiew serupo ma buat tu?" tanya saya sambil tangan dah get ready dgn pen dan kertasnya.

"Sene jah, mula2 tumis bawe pah tu ... (bla-bla)". ma menerangkan satu persatu.

"Ooooo nur ingak ko bubuh osyter sos !" tanya saya lagi utk menambah kepastian.

"Tok boh pun tak po ..." balas ma pula.

"Oklah ma, pah ni nok stak masok, kiren sale ko abah deh. Assalamualaikum..." saya cuba memendikkan perbualan, sebenarnya baru semalam bersembang panjang dgn ma.

Jam tepat menunjukkan pukul 2:00 pagi, "Bang kita kena tidor lah, nanti tak boleh bangun pulak pagi esok, yang lain tu sambung esok lah ye" kata saya sambil mengacau kuah mee bandung.

"Esok bagi abg ajelah yg goreng kueh tiew tu, nur penat desyouuu".
Aaaaarigataii... saya amat berterima-kasih pada hubby yang sememangnya dari tadi setia menemani saya di dapur.

Pada keesokan harinya dengan bersemangat hubby mengenakan apron, mencuba resepi istimewa dari mak mertua.

Faris pula bangun saja dari tidur terus bertanya "Bila org nak dtg rumah kita?"
Sekejap-sekejap dia menjengah keluar dan yang membuat saya nak tergelak dari jam 10:00 pagi lagi dia dah terpacak depan muka pintu menunggu tetamu datang berkunjung...sabar ajelah.

antara yg dihidangkan for open house's menu

Nov 20, 2006

formality

Hari ini tergerak hati saya utk berkongsi tentang 3 isi kandungan email yang saya terima:

1. untuk pengetahuan Dr, email kami bermasalah sikit...untuk memepermudahkan urusan boleh send email ke aaaa@yahoo.com.......TQ

2. Kami telah terima e-mail full paper daripada Dr...Terima kasih bebanyak...Cara pembayaran Dr boleh layari homepage kami www.aaaa.edu.my/EM...Boleh jugak kalau Dr. nak bayar semasa registration nanti...TQ

3. Kami telah terima ...Di sini saya attach code untuk perhatian Dr...Terima kasih...Selamat datang ke Terenganu...


Email ini bukan diterima serentak. Tetapi susulan demi susulan atas prosedure menghadiri conference di M'sia. Ikhlas saya nyatakan di sini saya amat kesal dgn cara orang kita berkomunikasi, cara penulisan mengambarkan kita masih jauh terkebelakang sungguhpun ini melibatkan 'official process'.

Ini adalah kali pertama saya berurusan dengan conference's secretaries dari M'sia.
Saya tidak jumpa di mana tanda noktah pada baris ayat di atas. Perhatikan pula penggunaan dot-dot (....), seingat saya tidak pernah ada 'tanda' sebegini yg diajar oleh cikgu kita dulu untuk digunakan di dalam penulisan formal, melainkanlah tulisan yang kita buat utk memo sendiri atau penulisan tidak formal seperti di dlm blog ini.

Setelah berkali-kali mendapat email yang sebegini, dengan niat ingin menegur...

........
Please be more professional when dealing with this kind of things even it is a national conference. Please also refer to your e-mail's content that I forwarded and highlighted in red color below, my advise is you should learn more about writing a formal letter no matter it is in Malay or English.

Thank you.

Regards.

Semoga mereka akan lebih peka dengan prosedure yang akan datang.
Sekadar ingin berkongsi sesuatu yang mungkin boleh kita renungkan bersama.



Nov 1, 2006

more about raya

smiles & peacessnap & candid

Please enjoy our precious moment in Aid-fitri 2006...
Visit
inda, someday she might be a pro photographer.