Sep 24, 2006

sehari sebelum ramadhan

sebelum mendaftar menjadi samurai selepas menjadi samurai
pameran bomba di Noritake garden
buat tatapan tok ma & tok we
Kami membawa Faris melawat Nagoya castle pada hujung minggu, memandangkan dah lama sangat tak bawa dia berjalan ke mana-mana sejak kebelakangan ini. Kami menghabiskan masa selama lebih kurang sejam di sana.

Selepas menikmati lunch kami ke
Noritake garden pula, kali ini bukan utk Faris tapi utk mamanya. Sudah lama saya merancang hendak ke sana cuma asyik tak jadi saja. Kalau di US terkenal dgn corella, di UK dengan bermacam2 royal nya, di sini pula dgn noritake. Noritake ni designnya boleh tahan tapi yang saya tak tahan harga2nya sungguh mahal. "Tunggulah bila abg dah jadi prof baru boleh beli tanpa memikirkan itu dan ini ye" bisik saya pada hubby sambil melihat set tea cup yang saya ambil dan letak... entah ke berapa kali. Hubby tersenyum balas memberi reaksi yang positif.

Setelah puas membiarkan Faris bermain toys di ruangan yang disediakan khas utk anak2, kami segera pulang kerana malamnya kami akan solat terawikh di masjid
Nagoya.

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua umat islam. Semoga kita mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Insyaallah...

Sep 3, 2006

Happy birthday my dear

I'm 7 years old ... \(^_^)/

Pada 3 September 1999 tepat jam 2:55 pm di HUKM lahirlah seorang bayi seberat 2.50 kg yang diberi nama Muhammad Faris yang bermaksud bijaksana, ahli penunggang kuda dan yang alim.

Hari ni genaplah usianya 7 tahun. Tapi Faris asyik ingat umurnya sudah 8 tahun. "Yesterday I was 7, today I'm 8." katanya setiap kali saya mengingatkan umurnya 7 tahun. Dulu semasa dia masuk darjah satu di Malaysia saya sudah mengatakan yg umurnya 7 tahun, mungkin kerana itu dia agak keliru.

Birthday's celebration Faris kami sambut awal sehari. Satu persiapan yang ringkas saya aturkan. Selepas mengambilnya dari Kids House kami bergegas ke Pastel membeli chocolate kek kegemaran Faris, sengaja kami tak tempah kek harijadi bila memikirkan tiada seorg pun yang 'hantu' kek dalam rumah ni. Setelah itu ke Toysrus pula untuk membeli birthday present. Bukan main seronok lagi dia bila omocha (toy) yang di idamkan selama ini ada di depan mata.

"Faris tahu kenapa kita celebrate birthday Faris hari ni?" tanya hubby pada Faris yang asyik dengan hampir setengah dozen set boukenjya nya.

"Because, tomorrow you will leave me and mama." jawab Faris sambil tangan kiri memegang boukenjya dan tangan kanan pula menyuap spagethi.

"Faris jaga mama baik2 dan jangan nangis ye esok", balas hubby sambil mengerling ke arah saya.

Pagi tadi di balai berlepas Central Japan International Airport (Centrair) Faris asyik 'berbelit' dengan hubby. Setelah puas dipujuk barulah dia mahu melepaskan hubby. Dengan perlahan hubby melangkah meninggalkan kami.

"Papa ki wo tsuketene, hayaku kietekitene..." laung Faris sekuat hati. Matanya dari tadi saya perhatikan berair-air.