Jul 30, 2006

ketentuanNya

"Kami terpaksa rujuk kes ini kepada pakar di Alor Setar, kuningnya di peringkat yang serious" kata doktor yang merawat Faris.

"Jika ujian blood testnya positif pertukaran darah perlu segera dilakukan, darah yang ada sekarang mungkin tidak sesuai dengan anak puan." demikian pula jawapan yang saya terima dari doktor pakar di Alor Setar.

"Maksud doktor darah baby akan di ganti dengan darah lain?
Baby dan saya sama blood type, doktor ambillah darah saya asalkan baby ini boleh diselamatkan..." balas saya tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung diri sendiri (masih dalam tempoh berpantang).

Faris mendapat deman kuning. Pelbagai usaha telah kami lakukan. Melihat tubuhnya yang masih kecil, hati saya bertambah sayu bila memikirkan bebanan yang ditanggung sikecil ini.
Di saat itu hanya nyawa Faris yang saya utamakan.
Seperkara lagi sudah pasti kewangan akan menjadi persoalan yang kedua.

Walaupun sudah hampir tujuh tahun berlalu, namun peristiwa itu masih segar di ingatan saya.

Begitulah lumrah hidup, ada ketikanya kita diuji. Ujian yang didatangkan dalam pelbagai bentuk. Bila orang yang paling kita kasihi dan sayangi berdepan dengan ujian itu barulah kita mengerti akan keperitan serta kepayahan yang dirasai.

Semoga kita tabah dalam menghadapinya.

Kepada sesiapa yang bemurah hati untuk menolong teman kita yang dalam kesusahan sila ke sini di entry We'll never know.


Kini, Faris semakin hari memakin membesar ('o').









Jul 20, 2006

a single word... ARIGATOU

Kesian melihat hubby yang terpaksa stay di gakkou (sekolah/universiti) hingga awal pagi.

Jika dulu saya yang menghantar dan mengambil Faris di kids house kini tugas itu di lakukan oleh hubby. Masa hubby di gakkou pada siang hari amatlah terhad.

Kebelakangan ini, jam 3 @ 4 am baru hubby akan pulang ke rumah. Tidur hanya untuk beberapa waktu, jam 7 am pasti hubby akan bangun untuk memulakan rutin harian.
Kadang-kadang dengan mata yang hampir terpejam hubby mengunyah roti. Tapi hubby tidak pernah bersunggut, kerenah Faris tetap juga dilayan, bicara saya tetap juga didengar... hubby tetap memberikan yang terbaik buat kami.

Hitokoto (a single word) Arigatouuuuuu.... walaupun ungkapan ini masih belum dapat mengambarkan rasa penghargaan saya atas pengorbanan hubby.

Jul 15, 2006

ultraman

Di suatu pagi sedang hubby dan saya rancak berbual menyusun jadual harian kami, tiba-tiba Faris mencelah.

Faris: Papa, what is nippon in English?
Papa: Nippon is Japan.
Faris: Ooooo..., but where is 'tiga'?

Aaaaa apa soalan yang Faris tanya ni, hubby dan saya saling berpandangan. Sedang saya masih tertanya2 tiga yang mana, hubby bersuara...

Papa: Tiga tu ada di Jepun tapi papa tak pasti di mana.
Faris: I want to meet daigo, gamu, ujimiya, kanna,kotaro,....they are in Japan.
Mama: Banyaknya... sapa tu Faris?
Faris: Daigo is ultraman tiga, gamu is ultraman gaia, ujimiya is ultraman agul, kanna is seibutsu, kotaro is taro, kakura is neos...

Panjang lebar pulak ulasan Faris tentang nama hero dan ultraman yang ada dlm kepalanya. Ultraman zaman tok kadok yg saya tengok dulu2 pun dia tahu nama heronya bernama hayata.

Hari sabtu merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh Faris. Pada hari itu hubby akan membawa dia ke Geo (kedai video) utk rental vcd. Vcd yg ada semuanya dlm bahasa jepun, dari situlah Faris 'memperkayakan' japanese yang telah ditinggalnya setahun yang lalu. Boleh dikatakan semua vcd ultraman dah ditengoknya.

Ada pernah dulu saya melarang hubby dari terus meminjam vcd tersebut kerana takut Faris akan jadi a vcd/tv addict tapi hubby menolak katanya, 'Dah lah video game kita tak belikan utk dia (dah berkali2 Faris meminta kami belikan video game), biarlah dia buat sesuatu yang disukainya, nanti keseronokan menunggu hari Sabtu hilang pulak ...'

Eeemm mungkin ada betulnya apa yg hubby cakapkan tu.
I just wondering..., mungkin saya juga harus meluangkan masa menonton ultraman bersama Faris. Kalau tidak antara saya dan faris banyak yang hanasyi tsujinai (cannot undestand what faris said)...

Jul 14, 2006

weekend

Faris sedang nyenyak tidur, malam ini dia tidur di bilik saya. Sudah menjadi kebiasaan bila hubby tiada di rumah malam-malam begini, semua bantal dan bantal busyuknya diangkut masuk ke bilik saya. Terpaksalah hubby yang pulang di waktu dinihari tidur di bilik Faris.

Malam ini jugak hubby pasti akan pulang lewat kerana due date utk paper submission ke New Zealand berakhir esok.
Walaupun esok cuti, seawal 8:30 am saya sudah kena pergi ke ofis. Ada chukan hapyou (mid-term presentation) budak-budak lab. Terpaksalah esok hubby jadi baby-sitter sehari suntuk. Saya dari awal-awal lagi sudah berpesan pada hubby, bawa balik semua kerja yang boleh di buat di rumah. Sungguhpun saya tahu Faris pasti akan menjadi 'pengacau' utama pada kerja-kerja hubby esok.

Happy weekend ('~')