Oct 4, 2005

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak

Esok seluruh umat Islam akan mula berpuasa, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua.

Inilah kali pertama saya menyambut puasa tanpa suami, sukar juga nak digambarkan perasaan ini. Rasa sayu, hiba, sedih bercampur-campur. Kebelakangan ini hati macam tak terhibur aje, mujurlah ada si-cilik saya Faris. Dialah penawar duka pengubat rindu.

Kebelakangan ini Faris setiap kali naik kereta mulutnya tak henti-henti menyanyi lagu yg saya sendiri pun tak tahu lagu ape. Lagu itu diajar oleh cikgunya sempena majlis konvokesyen yg akan berlansung hari ini. Jadi petang ini lah baru saya tahu senikata sebenar lagu yg Faris nyanyikan tu.

Berbalik kepada puasa tadi... puasa/raya tahun ini saya sambut serba sederhana. Untuk mengelakkan kesesakan membeli pakaian raya, saya siang-siang lagi dah pergi ber-shopping beli baju melayu/baju raya Faris minggu lepas. Saya pula tahun ni pun tak de baju raya (bkn apa tukang jahit jauh sangat kena tempah kat kelate) lagi pun masih banyak lagi stok baju kurung saya yg masih boleh di pakai. Raya kali ini akan saya sambut di kampung, tiket penerbangan dah pun ditempah tinggal sekarang membilang hari, menanti hari yang mulia itu.

Sep 30, 2005

Mama boleh bagi Faris aaa...

Menjadi rutin di awal pagi selepas menyediakan simple breakfast barulah saya akan megejutkan Faris bangun. Faris pula memang liat sikit utk mandi pagi, sejukkkk katanya, jadi biasanya sayalah yang akan memandikannya.

Selepas dimandikan dia akan berselimut dalam tuala mandinya. Dan pagi tadi tanpa saya duga sedikit pun Faris mengajukan soalan yg selama ini tidak pernah terlintas di fikiran ini.

'mama boleh bagi Faris, abang, kakak, adik tak?'

Seperti terpukau saya dibuatnya dgn soalan itu. Dalam hati patutlah lama sangat dia termenung dalam selimut tualanya tadi. Rupa-rupa dia tengah memikirkan sesuatu...

Kehadiran Faris terlalu istimewa dalam hidup kami.
Saya mengandungkan Faris di saat diri ini masih belum bersedia utk bergelar ibu. Pada waktu itu study yang saya utamakan, tambahan lagi masa utk saya menamatkan pelajaran hanya tinggal satu tahun shj lagi. Bermakna tinggal setahun saja lagi utk saya kembali ke Msia menemui suami tercinta & keluarga tersayang. Rasanya pada waktu itu tak mampu utk saya lalui hari-hari mendatang seorang diri di perantauan dengan kandungan di dalam perut.
Tetapi ketentuan Ilahi adalah segalanya. Jika Ia mengizin... sesuatu yang mustahil pun akan jadi kenyataan.

Kini kehadiran 'orang baru' amat saya harap serta nantikan, kesunyian & kekosongan hati Faris segera ingin saya penuhi.
Cuma ... rezeki masih belum memihak kepada kami.

Sep 27, 2005

Alhamdulillah

Selepas selesai berjumpa dgn. Dr. N.. pagi tadi. Rasa syukur yang tak terkira saya panjatkan kepada Ilahi kerana mempermudahkan jalan yang bakal saya lalui.

Dr. N.. telah meluluskan cuti mengikut pasangan ke luar negara yg saya pohon. Tinggal sekarang approval dari dean dan bahagian pentadbiran sahaja. Insyallah hari untuk saya dan faris menjejaki semula bumi sakaru akan menjadi kenyataan.

Sebelum permohonan saya diluluskan ada desas-desus yang mengatakan kemungkinan agak sukar untuk jabatan melepaskan saya kerana kekurangan tenaga pengajar di jabatan kami. Dan balik-balik kerana BOSSSS pompuan lagi payah.. Dalam hati saya betul ke macam tu !?

Tetapi keputusan yg Dr. N.. buat membuktikan fakta boss pompuan cerewet & boss lelaki understanding adalah agak kurang tepat.
Memanglah antara lelaki dan perempuan ada perbezaan, seperti kami orang pompuan quite particular, agak detail, teliti dan mungkin benda-benda kecil juga perlu dipertimbangkan mengikut keadaan. Itu saya sendiri akui. Cuma walau dalam apa hal/perkara sekali pun 'professionalism' yang perlu diutamakan.

Saya yakin satu tugas yang berat sedang Dr. N.. pikul utk memastikan gedung ilmu ini terus menyumbang sesuatu yang terbaik utk anak generasi kita semua.

Sep 7, 2005

Yang ditunggu belum tiba

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari ofis semalam Faris mengajukan soalan yg kerap ditanya nya selepas abang terbang ke Nagoya.

F : "Mama bila Papa nak balik?"
Me : "Papa banyak kerja kat 'gakkou' Faris, nanti bila Mama dah habis kerja Mama kat sini kita g Jepun jumpa Papa ye"

Faris mengangguk tanda faham sambil senyum melerit ke arah saya. Saya tahu Faris mengharapkan hari-hari pantas berlalu utk dia segera berjumpa dengan Papa nya.

Kekadang kesian melihat Faris, di rumah hanya saya dan dia, teman permainannya ialah 'omocha'-deka ranger, power ranger, deka red, ... yang dibawa dari Jepun. Lepas penat bermain rancangan dlm network cartoon yang menjadi pilihan nya pula. Kemudian beralih pula ke 'pasokon' saya. Boleh dikatakan dia banyak bermain sendirian.

Sebelum Faris melelapkan matanya malam tadi,
kami bersembang-sembang. Tanya saya "Faris nak adik tak?"
Jawab Faris "Tak nak"
"Kenapa" tanya saya lagi.
"Nanti adik ambil barang mainan Faris"
Dalam hati saya Faris masih dlm dunianya sendiri.

Hakikatnya yang sentiasa datang berkunjung setiap bulan masih belum tiba ...

Sep 5, 2005

papa-sayounara

Sebulan telah berlalu, malam tadi abang (my hubby) telah bertolak kembali semula ke Jepun.

"korekara taihen na jiki ni hairun dayo ..
yaru koto mo takusan arundane ..
jibunn no kimothi ni makenai de ..
faris no koto simpai sinaide, watashi chantto surukara"
saya cuba memberi kata-kata semangat kepada abang.

Abang diam sejenak, merenung jauh faris yang sedang lincah berlari-lari kesana kemari di balai berlepas KLIA.
Saya tahu berat hati abang utk meninggalkan kami.

"faris kothi kite" laung abang kepada faris.
Faris yg leka bermain berlari anak menuju ke arah kami.

"mama wo mamottene.." abang memesan berkali-kali kepada faris.
"ummmpphh, nanti papa balik jumpa faris lagi ye" jawap faris ringkas,
tapi saya tahu abang begitu sayu dan terharu dengan jawapan itu.

Aug 10, 2005

jerebu=haze=kasumi

Tekak terasa sakit,
sukar bernafas @ pernafasan tersekat,
kepala pening-pening,
mata berair,
dan badan terasa 'darui'=feel weary sangat.

Punca yg kelima itu mungkin akibat kesan-kesan sampingan diatas. Kelmarin(Isnin 8/8)genaplah seminggu Malaysia di landa jerebu. Jerebu melanda Malaysia bermula pada 4/8, kebetulan hari itu saya menjemput hubby di KLIA. Kata hubby separuh melawak 'rasa macam kat Swiss la..' Dan hari ini adalah hari yg paling teruk. Baru la macam kat Swiss betul ni.

Sebentar tadi kami ke KL. Penglihatan hanya jelas dlm jarak kurang dari 1.5 m.
Ini pengalaman pertama saya merasai jerebu... satu keadaan yg amat tidak selesa.

Apa itu jerebu, dulu saya sendiri tak tahu makna sebenarnya, macam mana keadaannya. Hanya mendengar berita dari dada akhbar.
Bayangkan seandainya kita berada di atas gunung, nun di puncak yg tinggi, pasti kabus meyelubungi diri dan suasana nyaman akan kita rasai. Tapi jerebu tidak... jika dari dlm ofis, ehhh view kat luar tu nampak macam kat oversea la.. tapi bila keluar aje dari bilik pasti apa yg saya senaraikan diatas akan dialami.

Tadi dah suruh hubby belikan mask utk kami bertiga, dalam keadaan ni budak-budak la yg paling kesian mrk bukan nya tahu sangat apa semua ni bagi yg boleh tahan duduk dlm rumah ok, tapi bagi yang tak tahan nak main keluar... kesian.

Semoga esok tak seteruk hari ni.

Aug 8, 2005

happy anniversary

8/8 genaplah 7 tahun usia perkahwinan saya bersama hubby. Rasa syukur yang tak terhingga kerana hari istimewa ini dapat kami raikan bersama-sama.

Thank you for everthing to my hubby.
HAPPY 7th ANNIVERSARY

Aug 5, 2005

have a nice weekend

Hari Jumaat ialah hari yang paling tough dlm weekly schedule saya, first lecture pukul 8 am dan until 10am-12pm lecture tanpa henti selama 2 jam. Sampai kering tekak ini membebel-bebel dlm kelas.
Faham ke depa tu yek? Soalan itu selalu bermain di benak fikiran saya, saya cuba mempersembahkan yg terbaik tapi kekadang terfikir mungkin itu bukan yg terbaik bagi student. Macam nilah, time kita jadi student dulu dok 'nayamu'=worried dengan study kita, time kita nak ajar student dok 'nayanu' dlm hal yg macam ini pula.

Dalam apa-apa hal sekali pun tempoh permulaan adalah suatu masa yg paling sukar utk kita hadapi/lalui.

For me I'm always stick to what Aristotle had ever said "We are what we repeatdly do. Excellence, then, is not an act, but a habit".

By the way, esok cuti...
Saya rasa lega sangat hari berkerja dah ditukar ke 5 hari. Boleh rehat puas-puas pada weekends. Weekend kali ni special.

Kata faris pagi tadi..

Faris: Mama jom lah g bukit esok.
Me : Haa bukit ! Bukit mana faris nak g ni..

Papa pula menyampuk "Bukit tinggi la... ".
La saya dah hampir lupa planning yg dah hubby set-kan sebelum dia balik dari Jepun lagi.

Aug 1, 2005

hari yg di tunggu sudah tiba

Hari yg ditunggu sudah tiba...

"yeye ari ni papa balik...yeye"

begitulah faris mengambarkan perasaan gembiranya sewaktu dlm perjalanan ke tadika pagi tadi.

Bagi saya juga, hari ini adalah hari yg paling gembira. Jika dulu saya yg merasai keseronokan pulang ketanah air dan kepulangan kita dinanti oleh org2 tersayang. Sekarang giliran saya pula merasai menanti kepulangan org yg disayang. Begini rasanya...

Terima kasih pada hubby cox sanggup balik dlm bulan Osos ini semata-mata utk meraikan satu hari yg begitu bermakna dlm sejarah kehidupan rumahtangga kami.
Terfikir juga... alangkah lebih seronok bila sewaktu hubby ada di msia ni saya tak perlu ke ofis. Tapi ofis tu bukan bapak saya punya mana boleh buat sesuka hati. Tanggungjawab wajib dilaksanakan.
Dan yang pasti kesibukan tugas harian saya akan semakin bertambah.

Kemaafan saya pohonkan kepada semua yg setia mengunjungi blog ini kerana kerap kali kunjungan kalian saya hampakan.
'Tok-tok'...
'tuk-tuk'...
semacam kedengaran bunyi org dtg berkunjung kemari,tapi saya jarang ada di rumah. Bukan tak nak update tapi kesibukan tugas yg membataskannya. Terfikir juga, perlukah saya 'resign' dari tugas sambilan ini...!

Jul 19, 2005

papa to aitaii

Minggu lepas..

faris: Mama, bila papa nak balik rumah faris?
me: lagi 3 minggu, sayang.
faris: 3 mingguuu.. oooo

Hari ni..

me: Faris seronok tak papa nak balik?
faris: Seronok.
me: Apa faris nak buat bila papa balik nanti?
faris: Nak main
me: Main ape tu?
faris: main kejar-kejar, nak g beli superman, batman...
me: ooo... bila papa balik ye?
faris: lagi 3 minggu
me: *@%@%!! (have to think the simplest example to explain the 3 weeks duration kat budak ni..)

Sekarang ni tiap-tiap hari bangun tidur, nak tidur, balik dari sekolah soalan yg sama akan faris tanya 'bila papa nak balik'. Faris sememangnya merindui papa-nya. My hubby memang jarang marah, tinggikan suara or pukul Faris, boleh di katakan saya yang banyak bertegas dengan faris dalam banyak hal. So, faris pun kalau ada apa-apa hal.. let say nak mainan ke, nak aiscream ke and so on dia akan cakap dengan hubby dulu, but hubby pandai take the action.. lepas tu pasti dia akan suruh faris rujuk kepada saya.
Suasana tersebut akan berulang lagi, insyallah in 2 weeks time.


Kata my hubby anak bongsu manalah pandai nak marah-marah lain dgn anak sulung yg sedia ada bakat dlm mendidik.. betul ke tu????

Jul 7, 2005

Dugaan

'Faris daijoubu kana....(Faris OK ke..)' begitulah perkara yang berlegar di benak fikiran saya sekarang, rasa tak senang duduk saya di pejabat.

Sepanjang kami di Msia selama lebih 2 bln, ini kali pertama Faris deman. Tak sampai hati saya nak menghantarnya ke tadika pagi tadi. Tapi apakan daya, tugasan pejabat memaksa saya melawan kata hati ini. Apatah lagi 'Semester' akan bermula minggu depan.. di saat begini Faris pulak tidak sihat. Waktu saya lapang tak pula di uji dengan perkara sedemikian...
Inilah yang di katakan dugaan dan cabaran. Dan yang pasti Allah tidak akan menguji kita dengan perkara yang tak mampu kita hadapi.

Walau apa pun saya harus kuat untuk menghadapi semua ini.

Tiga hari lepas saya terlalu sibuk dengan 'workshop' yang di kendalikan oleh jabatan. Berbagai 'target' telah di buat oleh ramai penyelidik dan pengajar IPTA (institusi pengajian tinggi awam) kita. Saya jakin sistem pendidikan kita akan berkembang ke arah yang lebih baik dari masa ke semasa. Cuma apa yang perlu di ingat semua perkara ini memerlukan pantauan dan yang paling penting ia hendaklah dilaksanakan secara berterusan.

Jun 29, 2005

laju-laju, pecut-pecut.. gedeganggg

Hari ni dengan satu tekad nak pergi ofis awal, konon-konon pukul 7 am dah nak keluar rumah. Bila dah ready semua.. buka pintu..hujan punyalah lebat. So dari 7 am jadi 7.15 am.. kira bolehlah.

Seperti biasa sebelum bertolak Faris akan bacakan doa naik kenderaan. Mama hati-hati .. lembut suara faris mengingatkan saya. Kenderaan lain terus bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Ada yang laju bak 'bullet train', tak tau lah apa yg nak dikejarnya. Sampai di satu selekoh, banyak kereta tekan break..dlm hati saya accident ke..!

Tepat jangkaan saya.. dlm 5 buah kereta terlibat, saya fikir mereka masing-masing terbabas. Dalam hujan yg lebat macam ni, kalau bawa kereta macam nak racing macam mana tak terbabas.

Cara org kita memandu memang mengerikan. Saya tak hairan lah, mengapa setiap hari ada saja didada akhbar melaporkan tentang kematian akibat kemalangan.
Beberapa bulan lepas pensyarah saya dari Jepun ada menghadiri conference di KL. Dia ni dah banyak sangat negara luar yg di lawatinya. Salah satu hobinya pulak suka memandu sambil melancong,yang paling baik reputation-nya ialah negara Australia (bercakap dlm bab memandulah ni). Dan bila saya ajukan perkara tersebut kepada beliau.
Jawabnya "..eee, jibun no inochi wo kaketakunai..(..,saya tak nak mengadai nyawa saya sendiri..)".

Beginilah org yg baru dtg tak sampai pun sebulan pun sudah boleh menilai tahap keselamatan memandu di negara kita. Kita yg sudah lama di sini jangan jadi lali pulak dengan keadaan ini.. mengingatkan diri sendiri.

Jun 25, 2005

Klinik gigi

Klinik Pergigian Z...
Waktu rawatan
Isnin-Jumaat: 9.30am-12.30pm
2.00pm-10.00pm
Sabtu: 9.30am-7.30pm


Perbualan yang telah saya ringkaskan isi kandungannya,

Me: Hello saya ... dari ..., saya nak buat appointment pukul 10.00 pagi ini.

Somebody (SB) : Maaflah ... doktor biasanya pukul 10.30 baru ada, dia nak hantar anak nya ke ...

Me: Kalau macam tu pukul 2 ptg lah...(sambil check masa rawatan)

SB: Pukul 3 lah sebab pukul 2 doktor tak balik ke klinik lagi.

Me: OK lah hari ini pukul 3. Insyallah saya ke sana.


Hari seterusnya...

Me: Hello saya ... saya nak buat appointment utk cabut geraham bongsu saya, kalau boleh on this coming Thursday at 3.00 pm.

SB: Kalau nak cabut geraham bongsu perlukan 2 doktor, utk buat surgery, rabu ni Dr. A tak ada ...

Me: Oklah nanti saya check schedule saya dan contact U semula.


Hari berikutnya...

Me: Hello saya ... pasal nak cabut geraham bongsu saya tu, saya nak buat appointment hari Sabtu ni 10.00 am.

SB: Sabtu petang baru Dr. A dan B ada, kalau pagi hanya ada satu doktor, surgery tak boleh buat.

Me: How about weekdays, bila Dr. A & B ada?

SB: Kalau malam tu dua-dua doktor boleh datanglah.

Me: ... (dlm hati saya "rumah aku kat puchong tak kan nak drive mai serdang ni malam-malam, si Faris tu pulak mcm mana...)


Dari umur saya 20thn, segala urusan tampal-menampal, cabut, korek, simen gigi, saya buat di negara matahari terbit. Tidak timbul sebarang masaalah dari segi masa appointment, walau sibuk macam mana sekali pun klinik gigi tersebut appointment kita akan cuba diuruskan dengan sebaik mungkin dan pasti keutamaan akan di berikan pada waktu rawatan yang telah tertera, utk ke dua-dua pihak. Pasal doktor tak ada... nak g ambil anak sekolah, tak cukup doktor and so on so forth.. tak pernah saya alami.

Adakah ini fenomena biasa kehidupan kita disini..!?!? Kalau macam ni sampai bila lah geraham bongsu ni saya nak cabut. Gigi bongsu kuuu...

Jun 23, 2005

ohisyasiburi...

Selamat berjumpa lagi dengan teman-teman sekalian.
Maaf kerana agak lama saya menyepi. Pejam celik sudah 2 bulan saya di Malaysia... tanah tumpah darah ku.

Sepanjang tempoh tersebut pengamatan demi pengamatan saya lakukan dalam meneruskan kehidupan baru di bumi sendiri. Rasanya banyak perkara yang boleh saya kongsi bersama tapi ...itulah... kelak hal perbandingan antara melaysia dan jepun pulak yg akan timbul. Bukan senang ye kalau dah lama kita hidup merantau di negara orang dan kemudian nak sesuaikan diri dengan tempat sendiri.

Apa pun hidup perlu diteruskan, pemikiran positif harus disematkan dalam diri, kalau tidak kita tak akan kemana. Yang bestnya kat sini every morning at 6:30 am kalau tak silap saya ada motivasi pagi di TV3, bagus utk didengar tu. Bukan anak-anak aje yg perlukan motivasi kita yang dah besar panjang pun memerlukan santapan rohani tu. Yang ni kat TV jepun tak de kan.

Apr 12, 2005

Last entry

Susahnya tak ada line internet dlm rumah sendiri ye. Kami sekarang tinggal di meidai ryugakusei kaikan (Nagoya univ. foreign student house). Setiap kali nak mengadap internet, bilik computer ni selalu penuh pulak dgn pelajar luar negara lain. Kena ikut giliran.. tapi saya masih bersyukur kerana di sediakan kemudahan internet disini. Dapat jugak baca akhbar dan mengikuti perkembangan semasa dunia luar.

Rasanya banyak yg ingin saya kongsi bersama. Berjumpa dengan saudara2 baru disini, memberikan suatu pengalaman yg baru. Terima kasih saya ucapkan kpd warga Malaysia di Nagoya yang banyak membantu kami di sini.

Ini mungkin N3 terakhir saya dari Jepun.. hanya tinggal beberapa hari saja lagi, untuk saya kembali ke Msia. Terima kasih buat teman-teman yang sentiasa berkunjung ke 'Omoi de', insyallah suatu hari kita akan bertemu kembali.. bila ?.. suatu hari yang masih belum pasti. Suatu amanah dan tanggungjawap akan dilaksanakan sekembalinya saya di Msia. Saya dan Faris di Msia dan hubby pula di Nagoya, jauh beribu batu kami dipisahkan. Semoga kami tabah. Doa teman-teman pasti akan mengiringi setiap langkah perjuangan saya.

Apr 7, 2005

A long journey

Maafkan saya kerana agak terlalu lama tidak update blog ni. Waktu dan keadaan tidak mengizinkan.
It was a long journey... mengambil masa seminggu untuk kami tiba di Nagoya dari Yamagata. Macam jauh sangat bunyinya... bukannya apa sebenarnya kami sengaja merancang satu perjalanan yg panjang. Bermula dgn berangkat ke Koriyama yg terletak di Fukushima perfecture, di situ kami bermalam di rumah Jin san keluarga angkat Jepun, bertemu beberapa kenalan Jepun lain yg sudah biasa melawat Malaysia. Jenuh jugalah kami nak menjawab beberapa soalan normal yg biasa akan di tanya oleh org yg biasa melawat negara kita antaranya tentang transpotation survices.. dalam hati sebenarnya.. saya sendiri pun banyak yg tak puas hati lagi pasal public survices negara kita. Banyak yg masih boleh kita baiki, andai sikap org kita boleh di ubah.
Terima kasih kepada Yani (rakan blog) di Tokyo dan Farah (my 'kamcin' junior) di Yokohama kerana susah-susah masak utk kami sekeluarga. Bagi kami yg tengah musafir ni memang bersyukur sangat la kalau ada yg sudi mempelawa makan. Tambah lagi dpt makan masakan tradisional 'tepung pelita' dari Yani.. sedap memang sedap.
Sekarang pula kami dah settle down di Nagoya. Penat jugak pindah randah ni ye. Mengemas dan menyusun semua barang itulah kerja saya beberapa hari yg lalu. Bila semua dah tersusun rapi.. dalam hati tetiba datang perasaan sedih pula, kerana rumah ini akan saya tinggalkan.. tak sampai pun 2 minggu lagi.

Mar 10, 2005

haru ga kita.. (spring is coming..)

haru ga kita (spring is coming), haru ga kita (spring is coming) .. begitu lah antara baris lagu yg sering faris nyanyikan di rumah sekarang. Memang tak lama lagi musim spring akan tiba in early april. Langit akan sentiasa cerah dan udara pula memang nyaman dan menyegarkan. Bagi kami yang menjalani kehidupan di sini merasa seolah-olah satu suasana kehidupan baru bakal menanti setelah hampir 3 bulan hidup dlm suasana yg di kelilingi salji.
Di seluruh Jepun, semua youchienn (kindergarden), gakkou (school) and daigaku (university) akan memulakan sessi baru bermula april. Tak dapat saya gambarkan kalau persekolahan disini di mulakan awal Januari masa salji tengah tebal/lebat tu. Di jepun umur kita dikira bermula dari bulan April.. san gathu umare (lahir bulan 3) atau shi gathu umare (lahir bulan 4).. akan memberikan umur yg berbeza. Jika seseorang itu lahir pada 31 Mac 2003 umurnya kini 2 thn pada, tapi jika 1 April 2004 umurnya baru 1 thn. Kalu kita di msia pembahagi umur pada bulan 12 dan 1, di jepun pula pada bulan 3 dan 4. Ini adalah salah satu contoh yang boleh saya katakan faktor seperti iklim boleh mempengaruhi cara, adat, budaya serta pemikiran suatu masyarakat.
Suatu hari nanti mungkin boleh saya kongsi perkara-perkara lain pula.. seperti mengapa org jepun berjalan cepat, sesetengah org di negara kita pula kalu berjalan tu tak tahu nak berhenti ke nak melangkah lagi.., hougen (loghat/dialet) japanese yg berbeza-beza dll.

Mar 8, 2005

Suatu realiti

Suatu waktu dahulu sudah menjadi rutin 1 @ 2 x dlm seminggu..sesampai di lab. Prof. akan memanggil saya utk minum kopi bersama. Haruman buraku (black coffee = kopi tanpa gula) Prof. memang menyegarkan mata di kala mengantuk. Tapi itu cerita 5 thn lepas.
Mac 2002 saya kembali lagi ke bumi sakura. Kesibukan tugas menghalang saya menikmati kelazatan black coffee dari Prof. Baru-baru ini selepas selesai viva Prof mempelawa saya minum bersama. Prof. mengucapkan tahniah diatas hasil kerja saya. "Yoku yattane (good job)" berkali-kali Prof. mengulanginya. Kata-kata Prof. kekadang membuatkan saya sebak bila mengenangkan kepayahan belajar di peringkat Permanent Head Disease ini. Tak semua org dapat merealisasikan 'gol' penamat pengajiaan ini. Seorang dari sempai (senior) senegara saya telah drop out setelah 5 thn mencuba.. terlalu banyak aspek yg menpengaruhi seseorang itu utk mampu menghabiskan study mereka atau tidak.
Seperti biasa topik-topik perbualan kami beralih dari satu tajuk ke tajuk yg lain.
Antara isi kandungan perbualan kami yg masih melekat di fikiran saya sehingga ke hari ini ialah... mare kei (kaum melayu) dan cyugoku kei (kaum cina) no hanasi (cerita).
Begini...
Prof. mengimbas kembali kesungguhannya menyuruh saya menyambung pelajaran sekiranya ada peluang. Masih saya ingat kata-kata Prof. suatu waktu dulu, lebih kurang begini bunyinya.. "Tidak mustahil suatu hari nanti malaysia akan di terajui oleh golongan minoriti (chinese) jika golongan majoritinya (malay) tidak berusaha menguasai bidang-bidang tertentu."
Baru-baru ini beliau secara ikhlas memberikan komennya tentang overall performance pencapaian akademik pelajar-pelajar melayu berbanding pelajar cina dari M'sia di peringkat undergraduate (sarjana muda). Dimana kebanyakan pelajar melayu yg ditaja oleh kerajaan manakala pelajar cina pula rata-rata adalah pelajar persendirian (private student). Pencapaian akedamik pelajar cina adalah jauh lebih cemerlang berbanding pelajar melayu walaupun mereka kekurangan dari segi kewangan. Pelajar cina kuat berusaha manakala pelajar melayu hanya cukup-cukup makan. Jarang diantara pelajar melayu yg bersemangat ingin menyambungkan pelajaran sehingga ke peringkat yg lebih tinggi seperti master atau Ph.D... satu persatu tutur kata Prof. saya dengar dengan teliti sambil didada berdegup kencang menerima komen yg agak menguris hati. Tapi apakan daya saya... kerana itu adalah realiti. Niat Prof. ikhlas ingin menyampaikan maklumat ini kpd saya dan saya tahu penilaian yg sama dibuat oleh sensei-sensei (pensyarah-pensyarah) di univ. lain di Jepun. Pandangan yg sama juga pernah diutarakan oleh seorg lagi Prof. dari Hiroshima univ. sewaktu kami menghadiri conference di Hamburg, Germany tahun lalu.
Jika dulu isu pencapaian kaum melayu dan cina sering diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir.. nahh sekarang org luar pula membuat penilaian yg sama.
Persoalannya... KENAPA ? Kepayahan hidup di negara asing, perbezaan budaya, masalah bahasa, dll.. adakah itu alasan yg kukuh utk saya keutarakan kpd Prof. ? .. saya rasa tidak... kerana itu adalah lumrah cabaran belajar di luar negara. Semua ryugakusei (foriengner students) melaluinya. Utk belajar di luar negara kekuatan diri perlu kita miliki. Kerajaan menyediakan condition yg terbaik utk kita dari segi kewangan dll.. hanya tinggal usaha dan sikap yg akan membezakan setakat mana pencapaian kita.
Apa yg mampu saya lakukan utk mengubah tanggapan negatif itu terhadap kaum melayu kita..! Mungkin bukan dgn penjelasan kata-kata tetapi... mungkin dgn attitude dan pegangan hidup yang saya bawa, insyallah suatu hari tanggapan itu akan berubah. Saya seorang mungkin terlalu berat utk melaksanakannya. Semua org melayu kitalah yang wajar memainkan peranan tersebut.
Tidak terlintas difikiran saya utk menimbulkan isu perkauman disini.. kerana bagi saya sesuatu yg benar perlu kita perjelaskan walaupun ianya perit utk ditelan.
Ingatlah kita sekalian... setiap tindak-tanduk, penampilan diri, dan cara hidup kita diperhatikan... dan kita mungkin di nilai dari apa yg kita lakukan. Jangan biarkan kita dipandang dengan sebelah mata oleh sesetengah pihak. Jangan cepat melenting jika kita di kritik tapi tilik dan cerminlah diri itu terlebih dahulu.
Lakukanlah yg terbaik utk diri sendiri, ibubapa & keluarga, agama, bangsa dan negara kita.
Buat adik-adik yg sedang struggle dgn bennkyo (study) di luar sana seiippai gambattekudasai (do your best).

Mar 7, 2005


Tokyo Disney Parade


Tokyo Disney Parade


Tok Ma & Faris - Sun Route Plaza Hotel, Tokyo


ToK Ma, Chik Su, Chik Ngah & Faris di Zao ski-jyo

Mar 3, 2005

report

Rehat panjang saya dari menulis blog ni. Satu minggu laptop ini saya tak sentuh.
Seminggu melayan ma/abah & adik-adik, jln sana jln sini, makan itu dan ini... shopping sakan mereka. Dari segi makanan jepun cuma ma aje yg ada sedikit barrier.. yg lain ok. Maklumlah ikan mentah.. kalau dok teringat ikan kat malaysia mana lalu nak telan.
Faris pulak bukan main seronok sepanjang minggu lalu. Saya dah tak dijadikan teman mainannya. Jenuh la chik Su melayan. Kemuncak percutian mrk saya bawa ke Tokyo Disneyland. Kami bermalam di Sun Route Plaza Hotel, salah sebuah hotel di Tokyo disney resort. Dari segi harga boleh lah under budget.. considerable. Kepada sesiapa yg belum kesana.. jgn lepas kan peluang ini. Seronok dpt bergambar dgn all the cartoons character (mickey, minney, pooh, peter pan, snow white, etc). Tetapi cuaca yang agak sejuk menyukarkan mrk merasai semua attractions disana.
Sekarang ma/abah dah selamat sampai di msia. Semoga perubahan cuaca yg ketara tidak memudaratkan kesihatan mrk. Suhu di sini around -4 centigrade di msia pulak 40 centigrade. Cuba bayangkan...
Saya pula masih meneruskan rutin harian saya disini.. menghabiskan saki-baki kehidupan di Yamagata sehingga akhir Mac, dan kehidupan baru akan menanti kami di Nagoya. Satu cabaran akan hubby saya lalui di sana nanti. To my lovely hubby..I know you can do it.

Feb 18, 2005

Berakhir satu penantian


cucu-cucu tok ma & tok we - faris & amirah

Sepasang cucu tok ma dan tok we: Faris & Amirah (4 thn satu-satunya anak buah saya). Dulu kalau berjumpa ada aje yg nak di gaduhkan. Amirah nya ok je.. si Faris lah yg selalu cari pasal. Mentang-mentang lah dia, tok ma yg jaga (sebelum faris saya bawa ke jepun) semua benda di rumah tok ma dia yg punya. Kesian Amirah.. ada suatu hari Amirah cakap... "Nenek Mirah kat Jertih, tok ma kat Kota Bharu.. Faris punya..".
Alahai Mirah sayu hati chik nur (saya lah tu) mendengarnya. Itu semua kenangan beberapa tahun lepas...kini kedua-dua nya dah makin besar. Sekarang akrab sekali kalau berborak di telipon. Bila jumpa nanti mungkin dah tak gadoh-gadoh macam dulu lagi kot ye.
Faris dijaga oleh tok ma semasa usianya 6 bulan, saya terpaksa ke jepun semula selepas cuti bersalin selama 6 bulan... untuk meneruskan semula study saya. Peritnya berpisah dgn anak... tak dapat saya gambarkan. Banyak perkembangan faris yg saya miss... saat mula merangkak, bertatih, menyebut perkataan etc. Sebagai ganti playback video yg hubby ambil saya lihat berulang-ulang kali... sampai hafal semua skripnya.
Esok satu penantian yg di tunggu oleh Faris akan jadi kenyataan.. Tok Ma,Tok We, Chik Su & Chik Ngah akan dtg nihon (jepun) jumpa Faris.
"Boku no obaachan to ojiichan nihon ni kuru yo... (nenek dan datuk saya nak dtg jepun)". Semua tomodachi (kawan-kawan) dan sensei (cigku) di Kasinomi kindergarden di beritahunya.
Tak sabar saya melihat reaksi faris sewaktu melihat tok ma nya di narita airport nanti. Otanosimini ...(O_O).

Feb 10, 2005


dah sampai paras bumbungkan...

Feb 7, 2005

back to my normal life

Alhamdulillah...satu amanah yg amat berat utk saya bawa telah selamat ditunaikan.. syukur alhamulillah. I'm feel release & free now, bestnya.. ringan kepala ini dari segala intipati data yg banyak itu.

Dua-tiga hari ini saya meluangkan masa sepenuhnya bersama Faris... cover part yg missed sebelum ini. Sekarang biarlah hubby pulak yg berhempas pulas menyiapkan kerjanya.

Mengemas rumah yg selama ni tunggang-langgang, membuat kembali kerja-kerja rumah yg terbengkalai... seronok, puas bila semua itu dapat saya lakukan tanpa memikirkan research work di lab. Seronok tengok tulip saya membesar dan akan kembang tak lama lagi, entah sempat ke idak dgn saya di Jepun ni.
Si cilik saya pula mulalah menyibuk, dia banyak memiliki ciri-ciri saya... suka mengemas, teliti dll. Tapi di usianya yg sebegini bukan makin rapi rumah dibuatnya, semakin haru jadinya.

Semoga sikap rajinnya ini akan di bawa hingga ke besarlah hendaknya.

Jan 19, 2005

cuti seketika

kekadang kesibukan tugas membataskan apa yang ingin kita lakukan. Saya terpaksa akur. Mungkin blog ini harus bercuti... sehingga suatu waktu yg mengizinkan.. insyaallah

2 Feb. 2005 adalah tarikh penting bagi saya utk 'memuntahkan' segala isi ilmu yg dipelajari selama 3 thn di bumi sakura ini. Semoga lancar lidah ini menuturkan segalanya.

my last winter in Yamagata


di depan apartment kami..kini salji dah setinggi bumbung.

Jan 12, 2005

maju setapak lagi


faris in last summer 2003

cuba-cuba selangkah lagi...semoga usaha dpt diteruskan.
diluar sana salji sedang menebal..kerja masih bertimbun..pantasnya masa


faris in last winter 2003

Jan 1, 2005

Happy new year

Pejam celik-pejam celik cepat sungguh masa berlalu. Kita dah diambang 2004. 2004 yang penghujungnya meninggalkan pengalaman yg menyedihkan. Setiap kali membaca berita didada akhbar...hiba,sedih, sayu dan pilu hati melihat saudara2 kita dilanggar musibah. Apa yg mampu dilakukan hanyalah memanjatkan doa utk mereka semoga tabah menghadapi dugaan ini dan yg pergi semoga mrk ditempatkan di tempat yg terpuji. Amin.
Kita yg berada di Jepun ini pun tidak boleh lari dari musibah ketentuan Ilahi,..jishin(gempa bumi), tsunami(ombak besar), taifu(taufan) etc.
Scientis diluar sana pantas sekali melakukan analysis berhubung energy, strain, domain factor, etc berhubung tsunami. Sememangnya itu lah usaha yang patut kita laksanakan..selain dari berserah segalanya kpd qada & qadar. Jangan sesekali kita menyalahkan takdir diatas apa yg telah berlaku, sebaliknya renungkanlah realiti itu sedalam-dalamnya..adakah kita alpa dgn nikmat tuhan.. lupakah kita akan kebesaranNya. Kita yg mempunyai agama tidak boleh mengabaikan perihal sebab dan musabab atas apa yang berlaku.
Ini saya tujukan khas buat adik-adik yang di kasihi di luar sana. Jangan sekali kita bersubahat dlm maksiat yang dilakukan. Pandang ke sekeliling ...apakah situasi masyarakat islam-malaysia kita di sini. Sang teruna jagalah si dara yang anda kasihi. Si dara jagalah maruah diri anda sebelum anda dinikahi. Kita yang berada diluar perlu perihatin dgn segala masaalah ini. Jangan sesekali kita bersubahat. Kerana malapetaka & musibah yg dtg tidak mengenal siapa yg bersalah tapi ianya akan menimpa seluruh yg berada di kawasan itu.
Semoga kita mengambil iktibar dari apa yg berlaku.