Sep 3, 2006

Happy birthday my dear

I'm 7 years old ... \(^_^)/

Pada 3 September 1999 tepat jam 2:55 pm di HUKM lahirlah seorang bayi seberat 2.50 kg yang diberi nama Muhammad Faris yang bermaksud bijaksana, ahli penunggang kuda dan yang alim.

Hari ni genaplah usianya 7 tahun. Tapi Faris asyik ingat umurnya sudah 8 tahun. "Yesterday I was 7, today I'm 8." katanya setiap kali saya mengingatkan umurnya 7 tahun. Dulu semasa dia masuk darjah satu di Malaysia saya sudah mengatakan yg umurnya 7 tahun, mungkin kerana itu dia agak keliru.

Birthday's celebration Faris kami sambut awal sehari. Satu persiapan yang ringkas saya aturkan. Selepas mengambilnya dari Kids House kami bergegas ke Pastel membeli chocolate kek kegemaran Faris, sengaja kami tak tempah kek harijadi bila memikirkan tiada seorg pun yang 'hantu' kek dalam rumah ni. Setelah itu ke Toysrus pula untuk membeli birthday present. Bukan main seronok lagi dia bila omocha (toy) yang di idamkan selama ini ada di depan mata.

"Faris tahu kenapa kita celebrate birthday Faris hari ni?" tanya hubby pada Faris yang asyik dengan hampir setengah dozen set boukenjya nya.

"Because, tomorrow you will leave me and mama." jawab Faris sambil tangan kiri memegang boukenjya dan tangan kanan pula menyuap spagethi.

"Faris jaga mama baik2 dan jangan nangis ye esok", balas hubby sambil mengerling ke arah saya.

Pagi tadi di balai berlepas Central Japan International Airport (Centrair) Faris asyik 'berbelit' dengan hubby. Setelah puas dipujuk barulah dia mahu melepaskan hubby. Dengan perlahan hubby melangkah meninggalkan kami.

"Papa ki wo tsuketene, hayaku kietekitene..." laung Faris sekuat hati. Matanya dari tadi saya perhatikan berair-air.