Feb 10, 2007

tomodachi (kawan)

"Faris mandi dulu ye" katanya sambil mencapai tuala.
Dalam hati senang pulak dia mandi kali ni, kalau tidak 2, 3 kali suruh baru mahu berganjak.
Baru saya teringat Aii-chan akan datang rumah. Ibu Aii-chan perlu ke gakkou (univ.) untuk hadiri phD viva rakannya, jadi buat sementara waktu Aii-chan ditinggalkan di rumah saya.
Faris paling seronok bila ada tetamu datang ke rumah kami terutama rakan2 yang sebaya dengannya.
Tanpa banyak mencampuri urusan mereka saya membuat kerja2 rumah yang perlu dibereskan. Kebiasaannya di cuaca yang cerah sebegini saya akan menjemur futon (comforter) di luar, pemandangan biasa yang boleh dilihat di beranda rumah org Jepun. Setelah selesai kerja jemur-menjemur saya beralih ke kerja dapur pula. Dari dapur yang bersebelahan dengan bilik Faris jelas kedengaran Faris mengajar Aii-chan Matematik, sekejap mereka membaca dan mewarna buku, selepas itu mereka bermain onigokkou (play tag).
Sebentar kemudian, saya terdengar bunyi osiire (Jpnese sliding-door closet) dibuka dan ditutup ...
"Ithi, ni, san... mou iikai ( satu, dua, tiga... dah ke belum)" pekik Faris.
"Mada dayoo (belum lagi) sahut Aii-chan pula.
kali ini mereka bermain sembunyi2 pula.
Tempat yang menjadi sasaran mereka menyorok ialah di dalam osiire dan kotatsu (small table; comforter-covered frame with heat source inside). Di rumah Jepun yang sempit sebegini manalah ada sangat tempat untuk bersembunyi.
Saya membiarkan mereka bermain sepuas hati, terasa meriahnya rumah ini...
Itu peristiwa seminggu yang lalu, minggu ini pula Faris tidak sabar-sabar lagi menunggu kawan barunya, Iman dan baby Nasreen dari Tokyo datang berkunjung ke rumah kami.