Terasa sunyinya hidup di perantauan tanpa teman senegara. Sempai & kohai (senior & junior) yang ada semuanya lelaki. Tahun berganti tahun akhirnya pada Mac 1996, seorang kohai perempuan ditempatkan di Yamagata Univ. Seronok tidak terkira mendengar pekabaran gembira itu. Mulanya berdebar juga hendak berjumpa dengan tuan empunya diri. Maklumlah dari desas-desus yang didengar, perwatakan kami jauh berbeza.
Bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'... setelah mengenali hati budinya saya menyenangi keperibadiannya. Meskipun dia anak seorang kenamaan tapi orangnya tidak meninggi diri.
Jika diimbas kembali kenangan zaman anak dara dulu, di hujung minggu yang terluang kami akan pergi ke karaoke, selain dari melepas tension dapat juga belajar kanji (Chinese character in Jpnese). Di samping sibuk dengan pelajaran kami juga pulun membuat baito (part-time job), macam-macam kerja pernah kami lakukan. Masih saya ingat lagi betapa mesranya dia melayan pelangan yang datang meminjam dan memulangkan video. Secantik nama, seindah rupa, seceria sifatnya tepat sekali Tsutaya mengambil pekerja seperti Farah.
Dari hubungan sempai-kohai persahabatan itu kekal hingga ke hari ini dan kini hubungan ini telah di eratkan lagi dengan kehadiran anak2 kami.
Baru-baru ini pada hari yang dijanjikan kami menjemput mereka di stesen keretapi yang berdekatan. Comelnya budak ni, itulah yang terlintas di hati saya pertama kali melihat baby Nasreen. Faris pula dari tadi saya perhatikan cuba mendekati Iman. Tapi Iman masih malu-malu kucing. Faris pernah berjumpa dengan Iman 2 thn yang lalu. Waktu tu Iman baru berusia 2 tahun.
Dari hubungan sempai-kohai persahabatan itu kekal hingga ke hari ini dan kini hubungan ini telah di eratkan lagi dengan kehadiran anak2 kami.
Baru-baru ini pada hari yang dijanjikan kami menjemput mereka di stesen keretapi yang berdekatan. Comelnya budak ni, itulah yang terlintas di hati saya pertama kali melihat baby Nasreen. Faris pula dari tadi saya perhatikan cuba mendekati Iman. Tapi Iman masih malu-malu kucing. Faris pernah berjumpa dengan Iman 2 thn yang lalu. Waktu tu Iman baru berusia 2 tahun.
Tiba saja di rumah Faris terus mengeluarkan semua mainannya, saya biarkan saja kerana tahu dia ingin menarik perhatian Iman. Dari situ bermulalah perkenalan antara dua sahabat. Selepas itu mereka sudah tak boleh berenggang... makan bersama, mandi pun nak sekali, tidur pun sebantal. Sesekali baby Nasreen cuba mencelah antara mereka. Faris yang tidak punyai pengalaman melayan budak kecil, begitu beria-ria mengajar baby Nasreen tentang 'kore wa ii... kore wa dame (ini boleh... ini tak boleh)' ketika baby Nasreen mula membuka almari kaca yang di dlmnya mengandungi koleksi gambar2nya. Bila baby Nasreen tidak mengendahkan larangannya mulalah dia naik angin. Dalam hati saya... alahai Faris, manalah baby Nasreen yang baru berusia 11 bulan mengerti semua itu.
Keesokan harinya setelah selesai bersarapan kami bersiar-siar di taman berdekatan dengan rumah sambil menghirup udara pagi yang segar. Faris ke hulu dan ke hilir menolak stroller Nasreen sampai saya lansung tidak diberi peluang menolaknya. Sehinggakan tertidur baby Nasreen.
Pepatah Jepun ada menyebut de ai wa wakare no hajimari yang maksudnya lebih kurang begini ... pertemuan adalah permulaan bagi perpisahan. Begitu jugalah dengan de ai Faris & Iman, waktu untuk berpisah tiba jua akhirnya.
Sewaktu Farah sedang sibuk berkemas untuk pulang, tiba2...
'Abang Iman, kono uthi ni sumitai... ato 4 kai' pinta Iman sambil menunjukkan 4 jari pada ibunya. Faris menyokong 100% permintaan Iman untuk tinggal di sini 4 hari lagi. Mereka masih belum puas bermain, dua hari satu malam dirasakan terlalu singkat. Serba salah Farah jadinya, terpaksalah dia memberikan pelbagai alasan untuk menolak permintaan kedua sahabat kecil itu.
Ketika melangkah keluar dari kereta saya terdengar Faris berkata pada Iman ‘Abang Faris no te wo tunaide ne, abunai kara... (Pegang tangan abg Faris ye, bahaya...)’. Faris memimpin tangan Iman, mereka berjalan seiringan. Hati saya tersentuh bila melihat Faris cuba mengzipkan jaket Iman sewaktu angin bertiup kuat mengerbangkan jaket Iman. Tidak pernah saya melihat Faris begitu mengambil berat tentang diri seseorang.
Ikhlasnya hati & perasaan kanak2... rasa suka, marah, sedih dan gembira diluah dengan perbuatan. Pendek kata apa yang mereka rasai itulah yang akan dizahirkan.
Tepat jam 3:04 pm Nozomi 700 kei meninggalkan Nagoya stesen, Faris melambai dan terus melambai sehinggalah Iman, baby Nasreen dan auntie Farah hilang dari pandangan mata.
Tepat jam 3:04 pm Nozomi 700 kei meninggalkan Nagoya stesen, Faris melambai dan terus melambai sehinggalah Iman, baby Nasreen dan auntie Farah hilang dari pandangan mata.
|