Feb 7, 2008

Calar

Saya dan hubby terdiam sejenak semasa memandu tadi.

‘Apa abang nak buat?’ tanya saya memecah kesunyian.

‘Kita banyakkan berdoa, minta tuhan berikan rasa bersalah pada si-pelaku tu, mohon agar diberi keinsafan pada dia’ jawab hubby.

‘Abang rasa abang tahu tak siapa yang buat?’ tanya saya lagi.

Hubby memandang saya tanpa sepatah kata.


Saya kembali membisu... rasa aaamarah, geram dan terkilan bercampur-baur.
Si-comeiiii saya dicalar di tempat letak kereta apartment kami tinggal. Penghuninya dari pelbagai negara, ada yang datang dari China, Iran, Mongol, Malaysia dan Indonesia. Saya tidak ingin menuduh sesiapa tetapi sebagai orang yang terainaya mustahil jika saya tidak punyai prasangka.
Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya. Saya berdoa agar si-pencalar yang memiliki masalah hati ini mendapat petunjuk dariNya, mudah-mudahan hatinya diperbetulkan. Semoga dia insaf.