Jul 14, 2006

weekend

Faris sedang nyenyak tidur, malam ini dia tidur di bilik saya. Sudah menjadi kebiasaan bila hubby tiada di rumah malam-malam begini, semua bantal dan bantal busyuknya diangkut masuk ke bilik saya. Terpaksalah hubby yang pulang di waktu dinihari tidur di bilik Faris.

Malam ini jugak hubby pasti akan pulang lewat kerana due date utk paper submission ke New Zealand berakhir esok.
Walaupun esok cuti, seawal 8:30 am saya sudah kena pergi ke ofis. Ada chukan hapyou (mid-term presentation) budak-budak lab. Terpaksalah esok hubby jadi baby-sitter sehari suntuk. Saya dari awal-awal lagi sudah berpesan pada hubby, bawa balik semua kerja yang boleh di buat di rumah. Sungguhpun saya tahu Faris pasti akan menjadi 'pengacau' utama pada kerja-kerja hubby esok.

Happy weekend ('~')