Jul 30, 2006

ketentuanNya

"Kami terpaksa rujuk kes ini kepada pakar di Alor Setar, kuningnya di peringkat yang serious" kata doktor yang merawat Faris.

"Jika ujian blood testnya positif pertukaran darah perlu segera dilakukan, darah yang ada sekarang mungkin tidak sesuai dengan anak puan." demikian pula jawapan yang saya terima dari doktor pakar di Alor Setar.

"Maksud doktor darah baby akan di ganti dengan darah lain?
Baby dan saya sama blood type, doktor ambillah darah saya asalkan baby ini boleh diselamatkan..." balas saya tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung diri sendiri (masih dalam tempoh berpantang).

Faris mendapat deman kuning. Pelbagai usaha telah kami lakukan. Melihat tubuhnya yang masih kecil, hati saya bertambah sayu bila memikirkan bebanan yang ditanggung sikecil ini.
Di saat itu hanya nyawa Faris yang saya utamakan.
Seperkara lagi sudah pasti kewangan akan menjadi persoalan yang kedua.

Walaupun sudah hampir tujuh tahun berlalu, namun peristiwa itu masih segar di ingatan saya.

Begitulah lumrah hidup, ada ketikanya kita diuji. Ujian yang didatangkan dalam pelbagai bentuk. Bila orang yang paling kita kasihi dan sayangi berdepan dengan ujian itu barulah kita mengerti akan keperitan serta kepayahan yang dirasai.

Semoga kita tabah dalam menghadapinya.

Kepada sesiapa yang bemurah hati untuk menolong teman kita yang dalam kesusahan sila ke sini di entry We'll never know.


Kini, Faris semakin hari memakin membesar ('o').