Oct 15, 2006

hilang

Ada 7 miss called dari hubby pada handphone yg telah saya setkan 'manner mode'.
Kenapa ni...! hati berdetik, lalu dipercepatkan langkah menuju ke bilik.
Buka skype ada message dari hubby... 'Kenapa tak angkat talipon?'.
Pasti ada sesuatu yg urgent ni fikir saya lagi.
Melihat hubby online saya terus menghantar message kpdnya.
'Faris hilang tadi' balas hubby.
'Haaa masyaallah...'.
Macam mana boleh hilang! tadi kami keluar sama dan berpecah di depan bangunan rumah, saya menuju ke stesen chikatetsu (subway) Faris pula ke tempat semua budak2 berkumpul di hadapan kedai tenis.
'Tadi keluar pukul berapa?' tanya hubby lagi.
'Dalam pukul 7:30 am' balas saya.
'But don't worry, lani dah ok, Faris ada di sekolah'.
Tetapi kepala ini masih ligat berputar memikirkan mana Faris pergi pagi tadi...
Masa kyuukei (break) hanya 5 min, sambil melihat jam tangan dgn segera saya terus menalifon hubby, cakap live lagi cepat.
Rupa2nya Faris jalan kaki sendirian ke sekolah, disangkanya budak2 lain telah pergi meninggalkan dia. Kebiasaan mereka berkumpul pada 7:40 am, tapi hari kerana saya keluar awal Faris keliru. Kesian Faris. Macammanalah perasaannya berjalan melangkah ke sekolah seorang diri.
Walau apa pun, saya memanjatkan rasa syukur yg tidak terhingga kerana dia selamat tiba di sekolah.
Melihat jam di dinding aaaaaaaa... isoganakya (need to hurry) presentation budak2 lab dah mula ni. Segera bergegas pula ke bilik meeting.