Oct 25, 2006

salam aidilfitri

pagi raya : bergaya dgn baju raya yg tokma kirim

'Kenapa orang ramai tak datang rumah kita' tanya Faris yang duduk bertenggek di sebelah saya.
'Mama tak masak la sayang, bila hujung minggu nanti mama masak banyak2, kita panggil orang datang rumah kita ye.' balas saya sambil mengipas bara api di beranda rumah.

'Tu mama masak tu' Faris memuncungkan mulutnya kearah sate yang hendak dibakar.
'Ini mama masak utk kita sekeluarga aje, Fariskan suka sate' saya mengerling kearah Faris.

Faris masih termanggu menungkatkan dagunya...
'Kalau macam tu, jom kita pergi rumah sapa2 lah.' pintasnya pula.
'Kalau orang jemput datang kerumah barulah kita boleh pergi, kalau tak di jemput kita tak boleh pergi.' terang saya lagi, di dalam hati kesiannya anak aku ni, kempunan raya agaknya.
'Why...' Faris mencelah dgn muka yang agak monyok.
'Di sini tak sama seperti di M'sia. Kalau kita tak di jemput itu bermakna org tak bersedia utk menerima kehadiran kita, sebabnya mungkin mereka kerja macam mama ke.. balik lewat petang, mereka ada hal lain ke, or may be mereka masak tak banyak, macam mama masak utk Faris hari ni !...' saya cuba memberi beberapa contoh yang senang.
'emmmm... ooooo...' balas Faris. Terlopong mulutnya, mungkin cuba memahamkan apa yang saya ucapkan itu.

Saya membiarkan Faris melayari perasaannya. Mungkin kenangan berhari raya di rumah tokma tahun lalu membuatkan dia merindui suasana raya.
Masih saya ingat hubby membuat kejutan. Faris antara yang paling seronok bila papa tiba-tiba muncul di malam raya. Raya yang dirasakan hambar kerana ketiadaan papa bertukar menjadi meriah dan ceria. Pada sebelah pagi semua adik-beradik berkumpul, Faris pula ke hulu ke hilir dengan Amirah (sepupunya). Ahhhhhh indahnya hidup di kelilingi keluarga.

'Apa kata malam nanti kita main bunga api' hubby datang mencelah dari belakang.
'Dah habis solat bang' tanya saya. Hubby mengangguk sambil memberi 'signal' kepada saya utk menghiburkan hati Faris.
'Hurreyyy....' Faris bingkas bangun melompat tanda gembira.

Malam ini (raya kedua) bukan main seronok lagi dia bila dapat berjumpa dengan Aqil (anak jiran). Terima kasih buat kohai 1 nen (junior 1st year) meidai & meikodai kerana membuat majlis raya. Oisyikatta (yum yum yummmmy..)
ps: Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir & batin buat semua yg mengenali kami.