Oct 4, 2006

gakkou koukaibi (open school day)

Natsumi-chan teach Faris how to write jpnese Yoshida sensei explaining about emergency drill to Faris
during an emergency drill of earthquake
teachers checking the student position

Minggu lepas boleh dikatakan kebanyakan sekolah di kaw. kami membuat gakkou koukaibi (open school day). Ibubapa dibenarkan melihat bagaimana anak2 belajar, para ibubapa memerhatikan anak masing2 dari belakang bilik darjah. Sebenarnya ini adalah kali kedua saya melihat Faris belajar di sekolahnya. Pertama kalinya ketika hari pertama persekolahan pada September lalu. Sungguh berbeza cara pembelajaran di sini dgn di negara kita, bagai langit dgn bumi. Saya perhatikan pembelajaran di sini dibuat secara 'dua-hala', interaksi guru dan murid amat dititikberatkan. Murid2 diberi kebebasan bercakap, tiada guru yang akan marah bila tiba2 ada murid yang mencelah, sebaliknya guru tersebut akan cuba menimbul topik berkaitan yang dibangkit oleh murid tadi.

Saya melihat ini sebagai satu situasi yang amat positif bagi anak2 kecil, keyakinan diri dibina sejak dari bangku sekolah lagi.
Pada tengaharinya pula diadakan emergency drill. Berada di sebuah negara yg banyak bencana alam seperti Jepun, memerlukan rakyatnya sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan yg bakal menimpa.

Berbalik pada Faris, minggu ini genaplah sebulan dia di sekolah Takikawa elementary school. Dia diberi kelas 'khas' memandangkan penguasaan bahasa Jpnnya masih lemah terutama dari segi penulisan Japanese characters (hiragana-katakana-kanji). Yoshida sensei adalah cikgu yang bertanggungjawab membimbing anak2 foreigner di sekolah tersebut.

Bercakap pasal special class, tiba2 saya teringatkan 'Ayana-chan', jiran saya sewaktu di Puchong. Ayana sebaya Faris. Bezanya Faris pulang ke Msia pada April 2005, Ayana pula Julai 2005. Ayana anak mix malay-jpnese, bapanya malay maknya jpn, dari lahir hingga umurnya 7 thn dia di Jpn. Kesian Ayana dia tidak fasih berbahasa melayu, bahasa percakapan hariannya jpnese. Pada mulanya saya tidak kenal mereka, setiap hari semasa menghantar Faris ke sekolah saya perhatikan ibunya Makiko selalu berada di sisi Ayana, Ayana tidak dapat menyesuaikan diri dgn keadaan persekolahan di M'sia. Makiko akan turut bersekolah bersama Ayana sehari suntuk. Hajuri (adik ayana 4 thn) dibiarkan bermain sendirian di kawasan sekolah.

'Saya takut, saya takut...' itulah perkataan yang selalu diucapkan oleh Ayana. Saya simpati melihat kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh Makiko. Semampu yang boleh saya cuba hulurkan bantuan. Saya pernah membawanya berbincang perkara ini dgn pihak sekolah kerana kes Ayana tidak boleh disamakan dgn budak2 lain, dia memerlukan 'treatment' yang berbeza. Ditambah dgn personaliti Ayana sendiri yang susah untuk meyesuaikan diri dengan persitaran baru. Malangnya... keperihatinan org kita terhadap perkara sebegini mungkin masih kurang, tiada kelas khas disediakan untuk Ayana seperti yang disediakan buat Faris di sini. Bukan tidak ada kelas khas di sekolah itu, tapi saya rasa tidak wajar Ayana dimasukan ke dalam kelas khas bersama murid2 yang tidak dapat menguasai 3M (membaca, menulis & mengira) !

Beberapa hari sebelum saya berlepas ke Jpn, Makiko datang memberi tahu dia akan berpindah ke Cheras, Ayana pula akan dimasukkan ke sekolah baru di sana.
'Ayana-chan saikin dou siteru kana...' detik hati saya di waktu ini.