Nov 28, 2006

cuti panjang


Lama 'omoi-de' ini tidak dijenguk. Terkejut juga melihat free counter mencecah angka 4 digit. Saya tidak kenal siapa yang berkunjung ke blog ini melainkan kawan2 yang meninggalkan komen.

Tiba-tiba teringat akan pesan ma (my mum) dulu2... bila org dtg ke rumah kita, hati tetamu perlu dijaga. Walau sakit ataupun uzur pintu yang diketuk perlu dibuka. Dan jangan dibiarkan 'salam tidak berjawab'.
Begitulah jugalah dgn blog ini, rasanya tidak elok saya menyepi tanpa berita dengan kesibukan tugasan harian kami.

Mulai esok saya akan bercuti panjang. Terbang tinggi di awan biru... dari bumi sakura ke tanah air tercinta, kemudian singgah ke negara koala dan terus ke negara kiwi pula.
Faris pula terpaksa mengambil cuti dari sekolahnya, bukan main seronok lagi si kecil itu bila saya katakan tok ma menunggunya di KB.

Tadi semasa mengemas pakaian yang hendak dibawa...
"Mama, can I bring Miki and dolphin-chan together? tanya Faris.

"Tak payah bawa la Faris buat berat beg aje" jawab saya sambil menekan-nekan beg yang sudah agak penuh muatannya.

"Alaaa, rabbit-chan kan Faris dah tinggal, Miki and dolphin-chan boleh la bawa sama... please." pintanya lagi. Memang dah saya agak Faris akan mengajukan permintaan ini.

"Dameeeee (tak bolehhhhh)..." sengaja saya bertegas semata2 mahu melihat sejauh mana Faris bersungguh2 dlm perkara ini.

Faris segera pergi mendekati hubby yg sedang berbaring depan tv. Dia mengajukan soalan yg sama. Sebentar kemudian datang lagi kearah saya sambil tersenyum lalu berkata "Papa kata, ii datteee (bolehhh)".
Memang sudah saya agak kalau dengan hubby sekali pujuk aje sudah pasti pass.

'san kyoudai' kesayangan Faris

Akan diupdate bila kembali semula ke sini. Tata....