Dec 10, 2006

Terpisah

Faris masih mamai, dia tertidur di sofa menunggu, mungkin kepenatan kerana menunggu urusan penerbangan saya yang bermasalah.
"Faris orikko ni site, sikkari sitene" pesan saya pada Faris sambil mencium pipinya berkali-kali. Hubby mendukung Faris, sementara staf Sydney airport membantu menguruskan hubby's hand luggage.
Dengan berat saya melambai tangan melepaskan hubby dan Faris.
Kami terpisah !
Saya tidak dapat meneruskan penerbangan ke NZ kerana masalah passport. Sungguh pun visa tidak diperlukan utk memasuki NZ, tetapi masih ada beberapa syarat yg perlu dipatuhi.
Antaranya tarikh tamat sah laku passport mesti melebihi 3 bulan from our period of stay. Saya tidak tahu akan hal tersebut. Tarikh tamat passport saya bulan depan !
Saya terpaksa menunggu di sini sehingga hari Isnin utk ke Malaysian consulate.
Semoga urusan saya akan di permudahkan oleh Nya.
Semoga hubby dan Faris selamat di sana.
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Kalau bukan kerana perkara ini, mungkin omoi-de ini masih belum diupdate.