Dec 13, 2006

Diuji lagi...

Sehari sebelum berlepas, badan saya sekejap sejuk sekejap panas. Disangkakan kesan perubahan cuaca panas yg ketara di M'sia. Telan beberapa biji ubat alhamdulillah lega.

Semasa di dalam flight badan lemah semacam! ada beberapa bintik merah pada badan dan muka. Hubby mula perasan, katanya banyaknya jerawat kat muka tu!

Beberapa hari di Sydney bintik-bintik merah yang berisi air terus merebak keseluruh badan. Badan terasa amat lemah dan gatal-gatal.

Saya kuatkan semangat, dari Sydney perlu ke Canberra kerana passport hanya boleh dikeluarkan oleh Malaysia High Commission di sana.

Semalam setelah selesai urusan passport segera ke klinik. Doktor kata saya kena chicken pox. Saya tak ambil further check up, bayarannya mahal ya amat, consultation aje dah kena $40 utk 20 min pertama!

Saya diuji lagi.