Dec 31, 2006

my gratitude to ...

Salam aidiladha saya ucapkan buat semua umat islam serta teman2 yang mengenali kami.

Alhamdulillah, kini kami sudah berada di rumah sendiri.
Rutin harian pun sudah kembali seperti sediakala.

Sedar tak sedar kita sudah diambang 2006, esok bermulalah diari baru.

Sebelum tirai 2006 ini ditutup izinkan saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat Dr. Mohamed Ali dari Malaysia consul di Sydney (kini telah berpindah ke Melbourne) dan En. Radzi sekeluarga di Canberra yang banyak membantu urusan saya tempoh hari. Tidak lupa juga buat Kak Nani dan Dr. Suhaila di Malaysian Hall yang ramah melayan saya, meskipun hanya beberapa jam sahaja kami bersua. Juga buat seorang hamba Allah yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai 'Sya' yang sudi menumpangkan saya dari Bellevue Hill ke Central Station.
Semoga Allah akan membalas jasa baik mereka suatu hari kelak.